Selamatkan Teknologi Padi Clearfield®

Oleh: Noorhayati Mohamed Darus dan Dilipkumar Masilamany – Pusat Penyelidikan Padi dan Beras, MARDI Seberang Perai

 

Selamatkan-Teknologi-Padi-Clearfield

Padi angin merupakan sejenis rumpai yang berasal daripada genus yang sama dengan kultivar padi iaitu Oryza. Oleh itu, tiada racun rumpai khas yang mampu menghalang pertumbuhan rumpai ini. Padi angin lebih cekap menyerap baja dan nutrien daripada tanah berbanding dengan kultivar padi dan menyebabkan tumbesarannya lebih pantas. Ketinggian padi angin merupakan satu kelebihan yang menyebabkan kultivar padi tewas untuk bersaing mendapatkan cahaya matahari. Kajian melaporkan bahawa padi angin yang tumbuh dengan kepadatan sebanyak 21 – 30 tangkai/m2 mampu mengurangkan hasil padi sehingga 80%. Continue reading “Selamatkan Teknologi Padi Clearfield®”

MARDI, Kilang Beras Seri Merbok dan BASF lancar Pusat Tani Clearfield® pertama di Asia Pasifik

ptc-1

Alor Setar, 24 Februari 2017 – Para petani dan pesawah kini boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan mendalami teknik penanaman padi melalui Sistem Pengeluaran Clearfield® dengan lebih terperinci hasil penubuhan kompleks Pusat Tani Clearfield® (PTC) yang pertama seumpamanya di Asia Pasifik melalui projek bersama dengan Insititut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. (KBSM) dan BASF (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pusat Tani Clearfield® yang dibangunkan di Kilang Beras Seri Merbok di Alor Setar telah dilancarkan oleh YBhg. Datuk Dr Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI. Turut hadir, Leon van Mullekom, Pengarah Setempat Perniagaan Pertanian BASF ASEAN; Abu Samah Hashim, Ketua Pegawai Operasi KBSM; wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani wilayah utara, ketua-ketua bahagian Jabatan Pertanian Daerah serta pesawah tempatan. Continue reading “MARDI, Kilang Beras Seri Merbok dan BASF lancar Pusat Tani Clearfield® pertama di Asia Pasifik”

80% Sawah Diancam Padi Angin

wj_05.1

LEDANG 22 Julai – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengenal pasti kira-kira 80 peratus daripada kawasan tanaman padi di seluruh negeri ini yang seluas 1,528 hektar berdepan dengan masalah padi angin.

Pengarah MARDI negeri, Saniah Kormin berkata, serangan padi angin melibatkan 758 pesawah itu dikesan sejak 2009 sehingga menyebabkan penurunan hasil sebanyak 55 peratus atau kadar hasil padi sebanyak 3.2 tan metrik sehektar. Continue reading “80% Sawah Diancam Padi Angin”