80% Sawah Diancam Padi Angin

wj_05.1

LEDANG 22 Julai – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengenal pasti kira-kira 80 peratus daripada kawasan tanaman padi di seluruh negeri ini yang seluas 1,528 hektar berdepan dengan masalah padi angin.

Pengarah MARDI negeri, Saniah Kormin berkata, serangan padi angin melibatkan 758 pesawah itu dikesan sejak 2009 sehingga menyebabkan penurunan hasil sebanyak 55 peratus atau kadar hasil padi sebanyak 3.2 tan metrik sehektar.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, pihaknya memperkenalkan dua jenis padi baharu iaitu MR220CL1 dan MR220CL2 yang ditanam mengikut Sistem Pengeluaran Padi Clearfield bermula di daerah ini.

“Di Ledang dengan keluasan 670 hektar iaitu kawasan padi terbesar di Johor sudah kita mulakan projek perintis. Kita akan perkenalkan benih baharu dan kaedah tersebut ke seluruh kawasan padi di negeri ini yang mengalami masalah padi angin.

“Selepas ini, kita akan perkenalkan teknologi ini ke Mersing yang merupakan kawasan kedua padi terbesar di negeri ini. Kita juga lakukan beberapa siri latihan teknikal dan penerangan dipergiatkan ke seluruh kawasan sawah di Johor bagi membantu pesawah meningkatkan hasil pengeluaran padi dan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Penuaian Padi Projek Perintis MR220CL1 di Kesang Tasik dekat sini hari ini.

Saniah berkata, jika sebelum ini, hasil padi hanya tiga tan metrik sehektar akibat serangan padi angin, tetapi dengan benih baharu itu, petani boleh mendapat lapan tan metrik sehektar.

Menurutnya, benih MR220Cl1 dan MR220CL2 merupakan kacukan pelbagai jenis dari Amerika Syarikat (AS) dengan jenis tempatan iaitu MR200 dan MR219 ser
Beliau berkata, benih padi baharu itu akan digunakan untuk dua musim sebelum ditukar dengan jenis biasa seperti MR219 atau MR269 dan selepas itu MR220Cl1 dan MR220CL2 boleh ditanam semula supaya tidak akan mengalami masalah padi angin.ta pihak MARDI, Felcra serta sebuah syarikat pembekal input pertanian multinasional merancang mengkomersialkannya.

MARDI yakin dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk menggalakkan pesawah mengamalkan sistem pengurusan dan penanaman yang betul di samping pemilihan jenis padi itu mampu melonjakkan prestasi pengeluaran padi.

Katanya, jumlah import beras bagi negeri ini pada 2011 ialah sebanyak 1,031,380 tan metrik berbanding eksport ke Singapura, Indonesia, Hong Kong dan New Zealand iaitu hanya 670 tan metrik bagi tempoh yang sama.

“Pengeluaran padi di negeri ini masih belum dapat menampung keperluan makanan dalam negara dan kapasiti yang kita hasilkan lebih kepada sara hidup dan stok untuk bekalan makanan jika berlaku bencana alam atau musibah,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130723/wj_05/80-sawah-diancam-padi-angin#ixzz2ahJHEv69
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s