Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Posts tagged ‘CL2’

Maklumat Mengenai Sistem Pengeluaran Clearfield® di Malaysia

clearfield-graphic-my

(more…)

Advertisements

MARDI, Kilang Beras Seri Merbok dan BASF lancar Pusat Tani Clearfield® pertama di Asia Pasifik

ptc-1

Alor Setar, 24 Februari 2017 – Para petani dan pesawah kini boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan mendalami teknik penanaman padi melalui Sistem Pengeluaran Clearfield® dengan lebih terperinci hasil penubuhan kompleks Pusat Tani Clearfield® (PTC) yang pertama seumpamanya di Asia Pasifik melalui projek bersama dengan Insititut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. (KBSM) dan BASF (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pusat Tani Clearfield® yang dibangunkan di Kilang Beras Seri Merbok di Alor Setar telah dilancarkan oleh YBhg. Datuk Dr Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI. Turut hadir, Leon van Mullekom, Pengarah Setempat Perniagaan Pertanian BASF ASEAN; Abu Samah Hashim, Ketua Pegawai Operasi KBSM; wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani wilayah utara, ketua-ketua bahagian Jabatan Pertanian Daerah serta pesawah tempatan. (more…)