Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

ptc-1

Alor Setar, 24 Februari 2017 – Para petani dan pesawah kini boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan mendalami teknik penanaman padi melalui Sistem Pengeluaran Clearfield® dengan lebih terperinci hasil penubuhan kompleks Pusat Tani Clearfield® (PTC) yang pertama seumpamanya di Asia Pasifik melalui projek bersama dengan Insititut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. (KBSM) dan BASF (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pusat Tani Clearfield® yang dibangunkan di Kilang Beras Seri Merbok di Alor Setar telah dilancarkan oleh YBhg. Datuk Dr Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI. Turut hadir, Leon van Mullekom, Pengarah Setempat Perniagaan Pertanian BASF ASEAN; Abu Samah Hashim, Ketua Pegawai Operasi KBSM; wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani wilayah utara, ketua-ketua bahagian Jabatan Pertanian Daerah serta pesawah tempatan.

2“Pesawah yang menggunakan Sistem Pengeluaran Clearfield® mampu meningkatkan hasil tuaian sehingga 50% – 60% semusim jika dilakukan dengan cara yang betul. Pusat Tani Clearfield® dilengkapi fasiliti moden yang canggih, antara lain menawarkan khidmat latihan kepada para petani dan pesawah bagi pengurusan lengkap, amalan, teknik serta cara penggunaan Sistem Pengeluaran Clearfield® yang terbukti dapat meningkatkan hasil tuaian sehinga 2.5 t/ha“, jelas Datuk Dr. Sharif Haron.

Projek in diterajui MARDI yang bertindak sebagai badan utama kerajaan untuk mempromosi dan meningkatkan amalan baik dalam sektor pertanian melalui  kepakaran penyelidikan & pembangunan (R&D) di Malaysia manakala BASF pula memainkan peranan utama dalam sumbangan teknologi, inovasi dan kepakaran bagi sistem pengeluaran Clearfield®. Pusat Tani Clearfield® diyakini dapat menyumbang keupayaan kepada para petani bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam industri pertanian, terutama beras.

“Kerjasama diantara MARDI, KBSM dan BASF dalam membangunkan Pusat Tani Clearfield® yang pertama di Asia Pasifik ini mampu memberikan impak yang besar kepada industri penanaman padi di Malaysia secara amnya dan kepada para pesawah secara khususnya. Dengan latihan komprehensif yang disediakan di pusat tani ini, para petani boleh memahami dan mendalami teknik-teknik penanaman padi secara keseluruhan, termasuk faedah dan kelebihan serta pengurusan teknologi Clearfield® dengan tepat sekaligus meningkatkan hasil tanaman dan pendapatan mereka”, kata Leon van Mullekom, Pengarah Setempat Perniagaan Pertanian BASF ASEAN.

Pusat Tani Clearfield® yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur moden, canggih dan terkini, antara lain menawarkan  perkhidmatan latihan kepada para petani secara komprehensif berkaitan pengurusan, amalan, teknik serta kaedah-kaedah yang betul dalam penggunaan baja dan bahan kimia OnDuty™ seperti yang dijelaskan dalam peraturan penggunaan Sistem Pengeluaran Clearfield®, serta memberi tujuk ajar yang betul bagi perlaksanaan sistem pengeluaran tersebut yang terbukti dapat meningkatkan hasil pengeluaran beras para petani jika diuruskan dengan cara yang khusus.

“Sebagai salah satu pengedar Sistem Pengeluaran Clearfield® di Malaysia, KBSM berbesar hati untuk memperkenalkan Pusat Tani Clearfield® sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami untuk tingkatkan kemahiran pesawah serta pendapatan mereka”, kata Abu Samah Hashim, Ketua Pegawai Operasi KBSM.

Latihan-latihan yang dikelolakan oleh pakar-pakar dari pihak MARDI dan BASF juga bertujuan untuk memastikan tahap pencapaian sara diri bagi pengeluaran beras di Malaysia dapat dicapai dengan jayanya, justeru latihan dan bimbingan secara intensif ini mampu memberikan tunjuk ajar kepada para petani dan meningkatkan tahap keyakinan mereka ketika menguruskan tapak semaian, pemilihan anak benih berkualiti, teknik semburan racun dan baja yang mencukupi serta asas-asas lain yang terdapat dalam sistem pengeluaran Clearfield® bagi meraih pendapatan lumayan.

Tahun lepas, BASF Malaysia telah menerima anugerah Keusahawanan, Penyelidikan dan Kerjasama Perniagaan 2016 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, sebagai penghargaan atas kerjasama erat bersama MARDI dalam pembangunan dan pengkomersilan varieti beras istimewa. Dengan menggunakan Sistem Pengeluaran Clearfield®, varieti ini bertindak secara efektif dalam mengawal penyebaran ‘padi angin’ dikebanyakkan kawasan sawah padi di Malaysia.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: