Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Kubis antara hasil tanaman tanah tinggi dan dikatakan agak mustahil boleh ditanam di kawasan tanah rendah dan bercuaca panas.Namun semua itu kini bukan lagi mustahil apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menemui benih hibrid kubis bulat yang boleh ditanam di kawasan berkenaan.

Tanaman kubis bulat mempunyai potensi kerana ia antara salah satu sayuran yang paling popular di Malaysia dan sentiasa mendapat permintaan pasaran. Sekiranya pengeluaran berterusan dan konsisten termasuk mengawal serangan perosak serta penyakit dapat diminimumkan, penetapan harga ladang optimum setara harga ladang kubis bulat di tanah tinggi. Timbalan Pengarah (Pembaikbakaan), Pusat Penyelidikan Hortikulktur MARDI Dr Rozlaily Zainol berkata, kubis bulat adalah sayuran temperate (hawa sederhana) yang ditanam secara komersial di tanah tinggi.

Beliau berkata, kebanyakan kubis bulat di tanam di kawasan Cameron Highlands, Kundasang dan Ranau malah kebanyakan hasil dieksport ke Singapura. “Pengurangan kawasan penanaman di Cameron Highlands memberi kesan terhadap pengeluaran kubis bulat. Bagi menjamin bekalan makanan mencukupi, kubis bulat banyak diimport dari China dan Indonesia. “Namun, MARDI kini sudah ada benih hibrid yang boleh ditanam di kawasan rendah dan bercuaca panas,” katanya yang ditemui di Stesen MARDI Klang, Jalan Kebun, Kampung Batu 7, Selangor, baru-baru ini.

Rozlaily berkata, kajian dijalankan seperti pemilihan varieti yang sesuai serta kesesuaian ditanam sama ada di dalam struktur pelindung atau secara terbuka yang dapat memberikan hasil optimum. “Selain pengurusan nutrien, pengurusan perosak dan penyakit, penyelidikan baja serta nutrien untuk tanaman kubis di tanah rendah dijalankan di beberapa lokasi seperti di tanah mineral dan tanah bermasalah gambut serta bris (berpasir). “Penyelidikan ini bertujuan menentukan potensi penanaman kubis bulat di tanah rendah di pelbagai lokasi dengan keperluan nutrien yang secukupnya bagi pengeluaran yang optimum. “Penyelidikan dijalankan menggunakan formulasi baja MARDI seperti baja organik (Bio-Richar) dan baja Organo-mineral dengan kadar sesuai bagi pengeluaran hasil kubis yang optimum dan berkualiti,” katanya.

Menurutnya, baja Organo-mineral adalah salah satu baja hijau diformulasi khas menggunakan bahan organik dan mineral serta sesuai untuk penggunaan di tanah kurang subur dan bermasalah. “Baja ini dikaji keberkesanan untuk pengeluaran kubis di tanah bermasalah gambut dan berpasir selain mampu memberi hasil pengeluaran kubis yang memuaskan. “Kadar keperluan nutrien dan kesesuaian masa aplikasi baja bagi tanaman kubis juga antara komponen kajian yang utama di tanah bermasalah ini,” katanya.

Katanya, selain kebergantungan biji benih import, pengurusan perosak dan penyakit lebih kritikal, kos lebih tinggi (input dan tenaga kerja) kerana tempoh tanaman lebih panjang (tiga bulan) jika dibandingkan sayuran berdaun yang lain. “Kubis bulat juga tidak sesuai ditanam pada musim hujan terutama ketika pembentukan kepala kobis kerana risiko lebih tinggi kepada serangan perosak dan penyakit. “Selain itu, terdapat juga masalah infrastruktur seperti kemudahan penyimpanan hasil bagi mengurangkan masalah kehilangan lepas tuai,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, sekumpulan penyelidik giat mencari kaedah dan alternatif yang lebih sesuai terutama dari segi pengurusan serangga perosak bagi memastikan pengeluaran hasil lebih memuaskan. “Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kajian berskala besar penanaman kubis bulat secara organik di tanah rendah giat dijalankan. “Selain penanaman kubis bulat, pengurusan serangga perosak dan penyakit secara bersepadu menggunakan teknologi racun perosak berasaskan bio (biopesticide). “Ia termasuk pendekatan kejuruteraan bio iaitu penanaman tanaman regu turut dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan di Harian Metro (Online) pada : Selasa, 7 Mac 2017 @ 11:49 AM

Sumber : Harian Metro, 7 Mac 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: