Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Posts tagged ‘Kubis Bulat Tanah Rendah’

Hibrid Kubis Bulat Di Tanah Rendah

Kubis antara hasil tanaman tanah tinggi dan dikatakan agak mustahil boleh ditanam di kawasan tanah rendah dan bercuaca panas.Namun semua itu kini bukan lagi mustahil apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menemui benih hibrid kubis bulat yang boleh ditanam di kawasan berkenaan.

Tanaman kubis bulat mempunyai potensi kerana ia antara salah satu sayuran yang paling popular di Malaysia dan sentiasa mendapat permintaan pasaran. Sekiranya pengeluaran berterusan dan konsisten termasuk mengawal serangan perosak serta penyakit dapat diminimumkan, penetapan harga ladang optimum setara harga ladang kubis bulat di tanah tinggi. Timbalan Pengarah (Pembaikbakaan), Pusat Penyelidikan Hortikulktur MARDI Dr Rozlaily Zainol berkata, kubis bulat adalah sayuran temperate (hawa sederhana) yang ditanam secara komersial di tanah tinggi. (more…)