Memperkukuh Kekuatan Negara Melalui Jaminan Keselamatan Makanan

foodsecurity

Langkawi, 21 Mac – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) buat pertama kalinya telah menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’17) yang berlangsung dari 21 sehingga 25 Mac 2017 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi, Kedah. Ruangan pameran yang diuruskan oleh MARDI ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Dengan tema ‘Defending the Nation through Food Security’, fokus utama pembabitan Kementerian di LIMA’17 adalah bertujuan untuk memperkenalkan jaminan bekalan makanan atau food security kepada umum. Food security melambangkan keupayaan dan kekuatan sebebuah negara menghasilkan makanan sebagai asas keperluan kepada rakyat. Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor seperti; bekalan (avaibility), mudah diperoleh (accessibility), harga yang munasabah (affordability) serta keselamatan kualiti (safety quality). Malaysia berada di tangga ke-35 dalam aspek jaminan bekalanan makanan. Singapura pula di tangga ke-3, China ke-42, Thailand ke-51, Vietnam ke-57, Indonesia ke-71 dan Filipina ke-74. (sumber: Global Food Security Index)

Kini, dianggarkan lebih 21,000 orang mati setiap hari disebabkan oleh krisis makanan yang teruk. Dari jumlah itu, lebih satu per sembilan atau kira-kira 795 juta penduduk bumi masih kekurangan zat makanan. Mereka terdiri daripada penduduk dunia yang tinggal di negara-negara yang sedang menghadapi peperangan atau ditimpa kebuluran dan bencana alam.

Dalam mengekalkan sumber makanan yang mencukupi, usaha yang berterusan Kementerian dan Agensi adalah sangat penting terutama dalam menghadapi era yang kian mencabar, penduduk yang semakin meningkat serta perubahan iklim.

Bagi menangani isu-isu ini, salah satu objektif utama Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 adalah untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan. Beberapa inisiatif telah dirangka untuk menjamin bekalan makanan termasuklah meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beberapa komoditi penting agromakanan.

Penggunaan teknologi yang maju, jentera moden, teknologi pertanian tepat dan pembangunan infrastruktur yang lengkap sewajarnya dapat memenuhi keperluan penggunaan domestik seperti beras yang kini berada pada tahap 72% SSL . Peningkatan SSL tersebut adalah hasil daripada penyelidikan dan pembangunan berterusan, perkhidmatan pengembangan serta amalan agronomi lebih baik yang menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti dan pengeluaran hasil tani negara.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Dr. Sharif bin Haron, Ketua Pengarah MARDI, Tuan Haji Hassan Said, Pengarah Pusat Promosi Teknologi MARDI.


Program Perhubungan Awam,
Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti MARDI.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s