Tranformasi Teknologi Kepada Golongan Sasar

confortech

Putrajaya, 28 November –  Pihak kerajaan berhasrat untuk memperkasakan sektor pertanian dan menjadikan sektor ini antara penyumbang penting dalam Model Ekonomi Baru Malaysia menjelang 2020 .Bagi mencapai hasrat ini, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi (CONFERTECH) 2012 yang telah dirasmikan oleh Y. B. Dato’ Wira Mohd Johari, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Hotel Marriot,Putrajaya.

Tujuan mengadakan persidangan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada agen pengembangan serta para penyelidik mengenai isu-isu pemindahan teknologi yang dihadapi oleh agen pengembangan. Ianya dapat mengeratkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab samada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian negara yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing.

Persidangan ini juga merupakan satu medan perkongsian informasi yang amat berkesan antara penjana teknologi dengan agen pengembangan dan seterusnya kepada golongan sasar.  Tema persidangan ‘Agroindustri Dalam Model Baru Ekonomi – Ekosistem Penyampaian Berimpak Tinggi’, amat bertepatan dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh golongan sasar untuk terus berdaya saing dalam pasaran yang semakin mencabar baik dalam dan juga global. Dalam persidangan ini juga MARDI  turut melancarkan sebuah buku ‘Kejayaan 50 Usahawan Bimbingan MARDI –Siri III, lima Manual Teknologi dalam bidang pertanian dan Industri Asas Tani dan dua buah buletin teknologi.

Majlis ini turut dihadiri oleh Y. Bhg Dato’ Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha, Kementerian  Pertanian dan Industri Asas Tani serta Y. Bhg. Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman, Ketua Pengarah MARDI.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s