Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

6Serdang, 27 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membangunkan dua teknologi bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam bidang pertanian. Teknologi Greenkit dan teknologi penternakan kelulut telah dilancarkan oleh Y.B Datuk Seri Noh b. Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Teknologi Greenkit merupakan sistem penanaman dalam takung yang boleh membekal air secara sendiri (self watering container).Tanpa penyiaraman yang kerap dan sesuai untuk tanaman ulam-ulaman dan sayur-sayuran, Greenkit menepati kehendak masyarakat masa kini yang mempunyai gaya hi

dup yang sibuk. Teknologi ini bertepatan dengan konsep ‘Laman Agro’ yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Madu Kelulut terkenal dengan khasiatnya yang lebih baik dari madu biasa. Ia kaya dengan antioksidan, mengandungi asid fenolik bebas yang mudah diserap tubuh sebagai antikanser, rawat asma dan antitumor. Bagi meningka

pix_gal3

tkan pengeluaran madu kelulut untuk memenuhi permintaan pasaran, MARDI telah membangunkan pakej teknologi dan buku manual penternakan lebah kelulut yang mengandungi teknologi lengkap penternakan kelulut. Selain madu, prpolis dan pollen kelulut turut boleh dijadikan produk hiliran sebagai antibakteria, antifungus dan antivirus.

Selain pembangunan teknologi, MARDI turut menjalinkan kerjasama penyelidikan bersama syarikat All Cosmos Sdn Bhd. Turut hadir ke majlis ini ialah Y.Bhg Dato’ Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha MOA; Y.Bhg Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman, Ketua Pengarah MARDI  dan Y.Bhg Dato’ Tony Pheng, CEO All Cosmos Sdn Bhd.

Comments on: "Inovasi MARDI Buka Pasaran Baru – Greenkit & Teknologi Penternakan Kelulut" (18)

  1. Muhammad said:

    Slm
    macam mana nk beli manual buku cara meternak kelulut utk madu.Tk

  2. Saya baca manual penternakan kelulut. Dalam manual tersebut nangka tidak tersenarai sebagai pokok buah2an yang di debunga oleh kelulut. Adakah ini hakikat atau peranan kelulut dan bunga nangka belum di kaji?

    • Bukan tidak memainkan peranan tetapi ia bukanlah bunga yang paling digemari oleh kelulut. Di dalam manual kita hanya menyebut yang teratas sahaja jika ikutkan di dalam Al Quran Surah An Nahl (Dan Makanlah segala jenis bunga-bungaan) kulli samarat…bermakna semua bunga boleh menjadi makanan lebah kelulut

      • mohd fadhil bin c.yahok said:

        saya dah baca manual penternakan kelulut. macam mana nak dapatkan kelulut

      • Pertanyaan Tuan telah kami panjangkan kepada pegawai yang khusus. Kami akan panjangkan maklumbalas kepada pihak cik/puan apabila mendapat jawapan tepat kelak. Terima kasih

      • Untuk maklumat lanjut berkenaan kelulut dan cara mendapatkannya mohon tuan hubungi pegawai kami En Fahimee Jaapar, No tel: 03-89437872.
        Sekian, harap maklum.

  3. mohd fadhil bin c.yahok said:

    Assaiamualaikum. apa paranan pokok manggis dalam ternakan kelulut? Boleh ke kelulut diternak dalam kebun sawit?

    • mohd fadhil bin c.yahok said:

      saya ada jumpa sarang kelulut kat pokok durian saya dah pindahkan dia dalam empat sarang selepas satu bulan ia jadi satu kenapa?

      • mohd fadhil bin c.yahok said:

        kelulut selele buat sarang dalam batang pokok apa?

      • – Untuk makluman kelulut biasanya membuat sarang di atas pokok durian dan rambutan jika di kawasan kampung. Untuk kawasan hutan pula, kelulut biasanya bersarang di pokok yg mempunyai diameter 60cm ke atas atau pokok spesis diplocap dan pokok yg berdama (bergetah).

      • – Biasanya lebah kelulut akan akan berkumpul didalam sarang atau kotak yang mempunyai telur sahaja. Berkemungkinan hanya satu kotak sahaja yang mempunyai telur dan hanya satu sahaja yang ada Queen.

    • – Wsalam, Pokok manggis adalah sebagai sumber propolis atau tempat membuat sarang untuk keklulut kerana pokok tersebet mempunyai getah. Biasanya kelulut diternak di poko rambutan dan pokok durian jika di kawasan kampong. Jika di hutan pula, biasanya ia bersarang di poko berdiameter 60cm ke atas.

  4. hasyim bin salleh said:

    salam…..saya ada terjumpa sarang kelulut di sebatang pokok durian,tapi sayang tak boleh nak ambik ….sebab pokok durian tu masih hidup…bagaimanakah cara untuk memindahkan kelulut tanpa menganggu sarang asalnya…..?

    • – Untuk memindahkan sarang tersebut, saudara perlu menggunakan paip pvc yang disambungkan kotak (menternak kelulut). Untuk makluman/keterangan lanjut, mohon hubungi pegawai penyelidik kami En Fahimee jaapar di talian 03-89437872 atau email miesre@mardi.gov.my

  5. Shahrul Haniff bin Mohd Hamid said:

    TUAN,saya dari Kota Kinabalu Sabah, saya mempunyai rakan-rakan dari beberapa daerah seperti RANAU, TUARAN, KUNDASANG, TAMPARULi yang berminat untuk menternak lebah kelulut secara komersial, tempoh hari (awal bulan 9 2013) kami ada bertanyakan berkaitan ternakan kelulut di stesen MARDI Kota-Kinabalu, tetapi malangnya, dimaklumkan tiada sebarang kursus atau rujukan yang boleh didapati di negeri SABAH ini, hanya buku manual ternakan kelulut sahaja yang dapat kami perolehi dari stesen berkenaan. bagaimanakah caranya kumpulan kami ini (terdiri dari usahawan tani,belia dari umur 20 tahun ke 40 tahun) dapat mengikuti sebarang kursus atau penerangan yang lengkap bagi membolehkan kami menjayakan hasrat mengkomersialkan ternakan kelulut tersebut. sebarang maklum balas, sila email kepada cashagro@gmail.com (jika tidak keberatan). terima kasih. shahrul.

    • – Untuk makluman, MADI menganjurkan kursus penternakan lebah kelulut dan ia diadakan di Ibu Pejabat Serdang. Walaubagaimanapun, kursus tersebut telah diadakan pada februari yang lalu. Jadual untuk kursus pada tahun hadapan masih belum ditetapkan.
      – Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan berkenaan dengan teknologi kelulut, mohon hubungi pegawai penyelidik kami;

      Nama: Mohd Fahimee Bin Jaapar
      Email: miesre@mardi.gov.my
      No Telefon Pejabat : 03-89437872

      Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

  6. zulkifli said:

    Assalamualaikum..
    Kami penternak kelulut
    Membekalkan madu kelulut asli dan juga madu lebah tulen
    Samada untuk guna sendiri sbgai minuman kesihatan terbaik @ merawat pelbagai penyakit.
    Kami hantar ke alamat anda@ datang ambil sendiri..
    Pengedar juga dialu-alukan

    Berminat sila hubungi
    014-741 5303

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: