1.6 Juta Penjawat Awam Bantu Kurangkan Pembaziran Makanan

MYSaveFood---KSN-2017

Putrajaya – 5 April 2017 – Dalam usaha menjamin sekuriti makanan negara untuk masa hadapan juga memlihara alam sekitar dan membantu ekonomi keluarga, kehilangan dan pembaziran makan di Malaysia didapati bercanggah dengan usaha tersebut. Menerusi kajian daripada SWCorp, Malaysia membuang 15,000 tan metrik makanan setiap hari. Manakala MARDI menganggarkan 7.89% padi hilang di sepanjang rantaian nilai pengeluaran.

Menurut YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, data tersebut menunjukkan gejala pembaziran makan di Malaysia amat merisaukan. Malah pembaziran tersebut adalah berpunca daripada sikap masyarakat negara ini yang tidak menghargai makanan. Bagi mengatasi masalah tersebut, menerusi inisiatif MYSaveFood, beliau menyarankan agar penerapan nilai menghargai dan mengurangkan pembaziran makanan dimulai dengan 1.6 juta penjawat awam.

Selepas dilancarkan pada Mac 2016, inisiatif MYSaveFood telah mensasarkan pengurangan separuh jumlah pembaziran makanan di Malaysia menjelang tahun 2030 selaras dengan objektif Save Food peringkat global yang diterajui oleh FAO. Bagi mencapai sasaran tersebut, pengurangan sebanyak 5% setiap tahun diperlukan. Untuk itu, sokongan padu daripada semua pihak amat diperlukan bagi mencapai sasaran tersebut agar jaminan sekuriti makanan negara tercapai.

Sebagai Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa berpendapat gerakan menguranglan pembaziran makanan ini perlu dipelopori oleh penjawat awam di negara ini. Penerapan nilai menghargai dan mengurangkan pembaziran makan perlu diamalkan di semua pejabat-pejabat kerajaan dan majlis-majlis rasmi. Penjawat awam juga disarankan untuk mendidik anak-anak agar lebih menghargai makanan serta tidak membuang makanan begitu sahaja.

Beliau yang ditemui selepas melancarkan program MYSaveFood peringkat penjawat awam turut memaklumkan mengenai kerjasama penyelidikan MYSaveFood antara MARDI dan SWCorp. Kerjasama tersebut akan membangunkan teknologi bersesuaian bagi mengurangkan kehilangan lepas tuai dan pembaziran makanan di negara ini.


Program Jaringan Antarabangsa
Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, MARDI.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s