AGORA Agropreneur Muda MARDI Lahirkan Usahawan Berfikiran Kreatif


Serdang, 30 Mac – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus menggiatkan program dalam melahirkan Agropreneur Muda yang menjadikan pertanian sebagai sektor moden dan dinamik serta menjanjikan pendapatan yang tinggi & lumayan.

Bagi menjayakan hasrat tersebut satu program khas yang dikenali sebagai AGORA telah dianjurkan oleh Program Agropreneur Muda, Pusat Promosi & Pembangunan Perniagaan MARDI.

Program yang telah dirasmikan oleh Datuk Dr Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI ini berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan bakal usahawan berumur antara 18-40 tahun dari pelbagai bidang pertanian. Ia merupakan program yang memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan konsep keusahawanan moden, asas perniagaan serta sesi ceramah teknikal berkaitan tanaman, ternakan dan pemprosesan makanan.

Menurut Datuk Dr. Sharif Haron, sejak penubuhan program Agropreneur Muda MARDI, seramai 3521 peserta telah berdaftar sebagai usahawan Agropreneur Muda MARDI dan mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan masing-masing.  Selain khidmat nasihat kepakaran, usahawan Agropreneur Muda juga sentiasa diberi peluang untuk menyertai pelbagai program termasuk MARDI Agropreneurs Product Showcase di River Walk Village, Kuala Lumpur dan The Artisan Fair 2016 Hartamas, Kuala Lumpur yang telah berlangsung pada tahun lepas. Program-program ini menjadi venue bagi usahawan Agropreneur Muda untuk memperluaskan rangkaian pemasaran mereka ke peringkat yang lebih premium.

Program yang berlangsung selama tiga hari yang bermula dari 28 sehingga 30 Mac ini juga direka untuk mencabar minda dan pemikiran para peserta untuk menjadi usahawan Agropreneur Muda yang berjaya, sekaligus mencetus inspirasi berkaitan peluang dan halatuju yang lebih jelas.

Bersempena dengan majlis itu, MARDI turut melancarkan Video Korporat Agropreneur Muda MARDI dan menyampaikan Sijil Penyertaan serta Kad Alumni AGORA-1 kepada para peserta yang menyertai program pada kali ini sebagai tanda peserta ini telah berjaya menamatkan sesi AGORA-1 Agropreneur Muda MARDI.

Program AGORA Agropreneur Muda MARDI yang dirangka ini juga akan diadakan diseluruh negara yang telah bermula di Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan), diikuti dengan Zon Utara (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis), Zon Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang), Zon Selatan (Melaka, Johor) serta Zon Pantai Timur Malaysia.

Majlis turut dihadiri oleh Datuk Dr. Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI;  Datuk Dr. Umi Kalsom,  Timbalan Ketua Pengarah MARDI dan Tn. Hj. Hassan Said, Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan MARDI.


Program Perhubungan Awam,
Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti MARDI.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s