Serangan Bena Perang Rugikan Ribuan Ringgit

bena-perang-BH

Baru-baru ini, sebahagian kecil pesawah dalam kawasan Parlimen Bagan Serai mendakwa telah menanggung kerugian ribuan ringgit apabila lebih 10 hektar kawasan sawah yang diusahakan mereka diserang perosak bena perang atau dipanggil ‘bom’ oleh penduduk setempat. Varieti yang ditanam dipercayai adalah benih CL. Ramai diantara mereka mendakwa hasil telah merosot hingga ke paras 3 tan metrik. (Sumber dipetik dari Berita Harian, 17 Julai 2016)

Bena perang atau brown planthopper (Nilaparvata lugens Stal) adalah dari famili Delphacidae yang mempunyai kitaran hidup selama 33 hari. Serangan bena perang terhadap padi boleh berlaku di semua peringkat pertumbuhan samada vegetative sehinggalah peringkat masak. Ia memusnahkan padi dengan cara menghisap cecair tumbuhan. Pokok yang diserang menjadi kuning dan seterusnya kering lalu mati. Simptom ini dinamakan ‘hopperburn’.

Masalah ini boleh menjadi lebih serius sekiranya negara dilanda fenomena El Nino. Cuaca panas boleh menyebabkan populasi dan serangan bena perang meningkat.

Bagi mengawal wabak ini, petani disarankan menyembur racun buprofezin, imidacloprid, thiamethoxam atau ethofenprox. Penggunaan racun hendaklah mengikut kaedah yang betul dan masa yang tepat. Selain daripada itu, penggunaan varieti rintang seperti Padi MARDI 284 dapat mengurangkan risiko serangan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s