Mengenali Stevia

Stevia (Stevia rebaudiana) yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan, bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih secara keratin ataupun kultur tisu. Di negara beriklim sederhana, stevia ditanam menggunakan biji benih. Di Malaysia pula, kaedah menanam secara keratin lebih sesuai kerana pokoknya lebih seragam. Tambahan lagi, iklim tropika akan menyebabkan pengeluaran biji benih stevia kurang memuaskan.

Anak stevia diletakkan di tapak semaian selama sebulan hingga satu setengah bulan, sebelum dipindah ke ladang pada kepadatan 167,000 pokok sehektar. Petak penyelidikan MARDI di Serdang menempatkan tanaman stevia yang berumur 10 bulan dan masih membesar. Di Malaysia, stevia hanya tumbuh setinggi 30 sentimeter cm sebelum mula berbunga sebulan selepas ditanam (dalam iklim sederhana, stevia tumbuh setinggi 60 cm hingga 1 meter m sebelum mula berbunga). Stevia merupakan tumbuhan jangka siang pendek, menyebabkannya cepat berbunga sekiranya jangka siang tidak melebihi13 jam (jangka siang di Malaysia hanya 12 jam).

Teras penyelidikan MARDI ketika ini adalah untuk memilih varieti yang lebih sesuai dengan iklim tempatan, iaitu kurang peka terhadap jangka siang yang pendek, dan juga mereka bentuk mesin untuk penuaian hasil. Buat masa ini, aktiviti menuai dibuat secara manual kerana pokok ini amat rendah.  Keadaan ini boleh melenguh tulang belakang penuai terlibat.

Untuk mendapatkan kandungan maksimum bahan pemanis di dalam daun, penuaian dilakukan sebaik sahaja kudup bunga kelihatan. Bilangan tuaian boleh mencapai 10-11 kali setahun bergantung kepada pertumbuhan pokok.

92 thoughts on “Mengenali Stevia

  1. Salam, tuan.
    1) Adakah penanaman stevia ini akan menjadi tanaman yang penting dan popular di Malaysia pada masa akan datang?
    2) Adakah tanaman ini berpotensi untuk dikomersialkan?
    3) Bila Mardi selesai melakukan penyelidikan dan kajian terhadap tanaman ini sebelum benar-benar boleh diceburi secara komersial di Malaysia?
    …Terima kasih

    zaini daud, Kluang, Johor.

    1. Terima kasih atas pertanyaan Tuan.

      Adakah penanaman stevia ini akan menjadi tanaman yang penting dan popular di Malaysia pada masa akan datang?

      Stevia memang dijangka akan menjadi satu tanaman penting dan popular di Malaysia pada masa akan datang kepada sebilangan penggemar pemanis semulajadi terutamanya kepada meraka yang mengutamakan isu kesihatan yang b erkaitan dengan pemanis. Stevia adalah satu tanaman pemanis semulajadi yang tiada kalori dan dilaporkan sangat baik untuk pengidap penyakit kencing manis.

      Adakah tanaman ini berpotensi untuk dikomersilkan?

      Potensi untuk mengkomersilkan tanaman stevia perlu dilihat dari dua aspek iaitu teknikal dan ekonomi. Dari segi teknikal, tanaman ini boleh diusahakan di Malaysia dan hasilnya boleh melebihi aras hasil stevia yang ditanam di luar negara. Namun begitu aras pemanisnya adalah rendah daripada yang diperoleh dari sumber luar negara.

      Dari segi ekonomi, pengkomersilan stevia masih memerlukan pertimbangan yang wajar. Tanaman stevia di negara ini memerlukan tenaga buruh yang tinggi terutamanya untuk operasi mengutip hasil. Apabila harga jualan (pengusaha) atau harga belian (oleh pembeli) adalah rendah, maka aras titik pulang modal akan memerlukan masa yang lama.

      Bila MARDI selesai melakukan penyelidikan dan kajian terhadap tanaman ini sebelum benar‐benar boleh diceburi secara komersil di Malaysia?

      Penyelidikan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Titik permulaan ke arah pengkomersilan sebenar tanaman stevia ialah apabila telah mendapat satu vareiti yang tidak peka kepada ‘photoperiod’. Setakat ini, semua vareiti yang diperoleh dari luar negara dan diuji di dalam negara adalah sensitif kepada ‘photoperiod’. Usaha yang berterusan sedang dan akan terus dilakukan untuk mencari jenis yang tidak sensitif kepada ‘photoperiod’. Sehingga kini, usaha menggunakan hormon dan cahaya tambahan menggunakan lampu waktu malam untuk melewatkan pembungaan stevia masih belum menunjukkan kesan yang diharapkan.

  2. Tuan,

    Pihak kami berminat bekerjasama dengan MARDI bagi menghasilkan “photoperiod” berkesan untuk Stevia. Harap dapat berjumpa @ berbincang dengan pegawai / penyelidik berkenaan, terima kasih.

    1. Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Untuk maklumat lanjut, Tuan boleh menghubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my.

      1. Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Untuk maklumat lanjut, Tuan boleh menghubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my.

      2. Produk terproses stevia pernah dijual di pasaraya besar seperti JUSCO, TESCO suatu masa dahulu. Cubalah mencari di sana…

  3. salam, bagaimana untuk mendapatkan bijih benih tanaman tersebut.adakah pihak mardi menjual bijih benih atau bagaimana.kedua, kursus yang dijalankan oleh beberapa syarikat di diluar sana adakah kos-kos yang dinyatakan oleh mereka berpatutan antara RM1500 seorang.

    1. Terima kasih atas pertanyaan Tuan.

      Untuk makluman Tuan, MARDI tidak membekalkan bahan tanaman stevia tetapi MARDI bersedia memberikan khidmat nasihat mengenai teknologi penanaman stevia.

      Sumber tanaman stevia di negara ini adalah keratan pucuk atau keratan batang. Stevia di negara ini sangat sedikit menghasilkan biji dan biasanya kadar biji benih stevia tempatan mempunyai kadar percambahan yang sangat rendah.

      MARDI tiada maklumat terperinci kepada kos oleh syarikat yang menganjurkan projek stevia di luar sana. Biasanya pengesyoran MARDI adalah sebanyak 167,000 pokok stevia sehektar. Jika anak benih sudah berharga RM5 sepokok (harga semasa yang ditawarkan oleh kabanyakan syarikat penganjur), bayangkan penanam terpaksa membayar RM(5 x 167,000) iaitu RM 835,000 sehektar atau RM338,057 seekar untuk kos anak benih sahaja. Harga jualan anak benih pada RM5/pokok ini sangat menguntungkan penjual anak benih tetapi sangat mahal kepada penanam.

      Sekiranya penanam persendirian mahu mengusahakan tanaman stevia, bolehlah membeli anak benih kira-kira 100-200 pokok dan biakkan sendiri anak benih daripada induk tersebut. Usaha begini mungkin boleh berjaya.

      Memang disedari pada masa sekarang, ada beberapa syarikat menganjurkan skim perladangan kontrak stevia. Bagaimanapun, jika penanam ingin turut serta, pilihlah syarikat yang benar-benar jujur serta elakkan sistem yang menjurus kepada skim cepat kaya seperti mana yang telah terjadi kepada serai asparagus, keli, lintah dan lain-lain. Skim yang jujur sepatutnya tidak meminta penanam membekalkan anak benih kepada syarikat. Syarikat pula perlu menumpukan kepada khidmat nasihat untuk memastikan tanaman stevia dapat tumbuh dan dapat mengeluarkan hasil sepertimana yang diunjurkan oleh syarikat dan syarikat perlu memastikan janji syarikat untuk memberikan pendapatan kepada penanam dapat dipenuhi, tanpa melibatkan bekalan anak pokok oleh petani kepada syarikat penganjur.

      Sekian, semoga kita sama-sama dapat menjadikan stevia sebagai satu tanaman baru ekonomi negara. Terima kasih.

      1. Salam, tuan.

        Mohon jasa baik pihak tuan menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana kaedah dan cara yang paling tepat untuk menghasilkan anak benih (yang dijamin boleh hidup). Saya pernah mencuba menyemai melalui keratan batang tetapi banyak yang mati. Boleh tuan jelaskan kaedah/cara yang tepat dan penjagaannya. Terima kasih.

      2. Tuan,

        Secara ringkasnya, peratusan hidup anak benih stevia boleh dikekalkan pada kadar yang tinggi apabila beberapa faktor berada dalam keadaan yang optimum:

        a. keratan stevia mestilah sekurang-kurangnya dua buku (nodes) dan diambil dari pokok induk yang ‘sihat’.
        b. media semaian yang digunakan mestilah sesuai, iaitu tidak bersifat terlalu kering atau terlalu basah. Pilihlah media yang sesuai itu dari jenis yang mudah diperolehi dari pasaran.
        c. bekalan air melalui siraman sentiasa diberikan dengan secukupnya (jika kurang akan mati kekeringan, dan jika terlalu lebih akan mati carak air)
        d. anak benih stevia perlu diurus selayaknya untuk mengelak dari serangan serangga dan penyakit.

        Sekian, semoga keterangan ringkas ini dapat membantu tuan meningkatkan lagi peratus hidup benih stevia yang disemai. Terima kasih.

  4. Stevia Alternatif Menggantikan Gula Tebu, Aspartame dsbg.
    Ianya sangat sesuai utk semua golongan dn penghidap kencing manis.
    Bagi mereka yang pentingkan kesehatan atau penghidap kencing manis walaupun tahap maxima, bolehlah mencubanya.
    Walaupun kemanisan dari daunnya atau extract melebihi 300x manis berbanding Gula tebu atau tiruan. Namun ianya adalah selamat digunakan. ( Generally Recornized As Safe )

    Untuk mendapatkan bekalan produk Stevia seperti Daun kering dan Extract Stevia ( Gula Stevia serbuk ) Sila hubungi :

    AGRO SWEET PAKLONG SDN. BHD.
    PakLong : 012-9260779
    paklongstevia@yahoo.com
    http://www.Stevia-GEC.blogspot.com
    http://www.SteviaMalaya.webs.com

  5. Saya sudah berjinak jinak dengan penanaman stevia 2 tahun yang lepas.
    Dalam kedegilan saya menanam benih stevia tanpa guru dan hanya berpandu pada info dari internet sahaja saya temui banyak kegagalan tetapi akhirnya saya dapat mengagak cara penanaman yang memuaskan saya ia itu anak benih boleh hidup sekadar 80%.
    Saya juga keringkan daun stevia dan blenderkan menjadi serbuk. Memang mengkagumkan saya manis serbuk itu sesudu teh serbuk daun kering stevia boleh memaniskan segelas besar teh atau kopi.

    Yang menjadi persoalan saya selain daripada boleh menghalangkan kencing manis apakah khasiat lainnya?

    1. Stevia Rebaudiana adalah pokok anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai.

      Stevia berasal dari Paraguay dan ekstraknya mempunyai kemanisan 200-300kali gula biasa. Daun tanpa proses adalah 15 hingga 30 kali manis daripada gula biasa.

      Sejak 1500 tahun dahulu kaum Indian Gurani telah menggunakan Stevia sebagai pemanis dan juga sebagai ubatan tradisional.

      Stevia tidak mempunyai calorie dan karbohidrat.

      Daun pokok Stevia boleh di jadikan extrak gula bagi menggantikan gula dari pokok tebu dan beet. Pengilang makanan dan minuman kini berlumba-lumba menggunakan gula Stevia sebagai pemanis di dalam produk keluaran mereka. Pasarannya terjamin setelah ianya diluluskan oleh USFDA sebagai makanan tambahan. Ianya dapat menggantikan gula biasa. Masa depan Gula Stevia amat cerah kerana permintaan tinggi oleh industri produk makanan dan minuman. Gula, Sukrosa, Aspartame telah menurun permintaanya kerana ia banyak memberi kesan yang tidak baik kepada pengguna. Di negara Jepun, 60 % pemanis dalam produk makanan dan minuman mereka menggunakan Gula Stevia.

      KEGUNAAN :

      PEMANIS KEPADA MAKANAN –

      MASAKAN HARIAN

      KEK, KUEH MUEH

      BISKUT, YOGURT

      AIS-KRIM, GULA-GULA DLL.

      MINUMAN –

      DICAMPUR DENGAN TEH, KOPI, MILO, SIRAP, MINUMAN MASCOTEK, MISAI KUCING DSB.

      COCA-COLA, PEPSICOLA, CARGILL TELAH MENGELUAR MINUMAN TANPA CALORIE.

      PERUBATAN TRADISIONAL

      – MENURUNKAN KADAR GULA DALAM DARAH

      – MENGUBATI DIABETES MERAWAT TEKANAN DARAH TINGGI

      – MENGAWAL PENYAKIT JANTUNG

      – MENGURANGKAN TAHAP ASID URIK BADAN

      – AGEN ANTI – PLAQUE

      – ANTI – OKSIDANT

      – MEMBUNUH & MENCEGAH BACTERIA, KULAT & VIRUS

      – AGEN MENGAWAL BERAT BADAN

      – MEMBANTU MASALAH SEKSUAL

      Info Lanjut Stevia dalam Penanaman serta produk hiliran Stevia Rebaudiana di sini :

      http://www.Stevia-GEC.blogspot.com/
      http://www.SteviaMalaya.webs.com/
      http://www.Stevico-GEC.blogspot.com/
      facebook : PakLong Nusantara / Persatuan Penanam & Peladang Stevia Malaysia Antarabangsa
      hotline : 012-6425106

      1. Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Untuk maklumat lanjut, Tuan boleh menghubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my.

  6. SALAM SAYA BERMINAT UNTUK TANAM STEVIA.SAYA ADA TANAH TETAPI SAYA KURANG PENGETAHUAN MENGENAI TANAMAN STEVIA.BOLEHKAH PIHAK MARDI MEMBANTU SAYA DARI ASPEK PENGETAHUAN AM MENGENAI STEVIA DAN JUGA ASPEK PASARAN STEVIA?SAYA JUGA TIADA MODAL YANG BANYAK UNTUK MEMULAKAN PROJEK INI DAN SAYA AMAT BERHARAP PIHAK MARDI DAPAT MEMBANTU SAYA. SEKIRANYA PROJEK INI BERPOTENSI UNTUK DIKEMBANGKAN SAYA AMAT BERHARAP DAPAT KERJASAMA DARI PIHAK MARDI.
    SEKIAN

    1. a) Maklumat (pengetahuan) mengenai stevia – Pihak MARDI boleh memberikan khidmat nasihat kepada puan dalam aspek teknologi pengeluaran tanaman stevia iaitu dari peringkat pengeluaran bahan tanaman stevia sehinggalah mengutip hasil.

      b) Aspek pasaran – perkara ini adalah di luar bidang kuasa MARDI. Cubalah hubungi pihak FAMA atau beberapa pihak yang sedang terlibat dalam industri ini. Ataupun, puan dicadang meneliti sendiri peluang pasaran bahan mentah stevia (basah atau kering). Stevia boleh digunakan sebagai pemanis semulajadi kepada teh herba – cubalah teroka bidang ini.

      c) Bantuan modal – mohon maaf kerana MARDI tidak mempunyai skim bantuan ‘modal’. Walaubagaimana pun, MARDI sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat mengenai teknologi penanaman tanaman stevia.

      d) Setakat ini, peluang pasaran stevia di Malaysia adalah terhad kepada penggunaan sebagai pemanis semulajadi. Walaupun telah wujud sebuah kilang pemprosesan stevia di Negeri Sembilan, tetapi bekalan tempatan masih tidak dapat memenuhi kehendak pihak tersebut. Harga bahan mentah (basah dan kering) stevia juga masih tidak menentu.

      e) Satu pesanan kepada puan, janganlah terpedaya dengan beberapa skim penanaman stevia yang lebih menjurus ke arah skim cepat kaya yang sedang pesat diwar-warkan pada masa ini.

      Sekian, semoga maklumat tersebut dapat membantu puan membuat keputusan untuk mengusahakan atau tidak tanaman ini.

  7. saya berasal dari sarawak,soalan saya bagaimana untuk mendapat bekalan benih stevia di sarawak.adakah terdapat agensi kerajaan yang khusus membekalkan biji benih dan juga kursus penanaman??

    1. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Daripada maklumat yang diperolehi, terdapat sebuah syarikat di Miri iaitu Borneo Rainforest Vanilla Sdn Bhd. yang mengusahakan tanaman Stevia di Sarawak. Namun demikian apabila dihubungi syarikat ini memberitahu mereka menghentikan sementara pembekalan benih /penjualan benih kerana faktor kekurangan baka stevia. Syarikat ini juga mengadakan kursus tetapi hanya terbuka kepada ‘contract farmers’ mereka sahaja dan tidak terbuka kepada orang luar buat masa ini. Nursery stevia syarikat ini terletak di Miri, Sarawak. Syarikat Borneo Rainforest Vanilla Sdn Bhd. ini boleh dihubungi di no tel. 085-433511 dan laman web syarikat http://www.borneorainforestvanilla.com. Buat masa ini juga, tidak ada agensi kerajaan di Sarawak yang terlibat dengan penanaman (termasuk membekalkan bahan tanaman) stevia ini.

      Selain itu juga, terdapat usahawan-usahawan yang kami hubungi cuba menanam stevia ini secara kecil-kecilan (kurang 10 pokok) tetapi gagal atau tidak subur. Menurut usahawan-usahawan ini, mereka memperoleh benih dari Semenanjung Malaysia dan Sabah. Usahawan-usahawan dalam bidang makanan juga memperoleh stevia sebagai ramuan dalam makanan daripada Semenanjung Malaysia. Diharap maklumat ini dapat membantu menjawab soalan yang diajukan kepada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

      ______________________________
      Mohammad Noor Adros Yahya
      Pengarah,
      MARDI Negeri Sarawak
      Tel: 082-446531
      Hp : 019-8987521
      Fax: 082-446529
      E-mail: adros@mardi.gov.my

  8. Saya seorang warga-emas bermastautin di Pulau Pinang, kini ingin menanam Stevia Rebaudiana dalam pasu di halaman rumah, untuk kegunaan sendiri/keluarga. Di manakah boleh saya dapatkan anak-pokok Stevia? — iaitu daripada Lokasi/Stesen MARDI yang terdekat dengan kediaman saya. Terima kasih (drpd Hj Md Khalid Taib; 26-04-2012)

    1. Assalamualaikum
      Bagi mendapatkan stevia di Pulau Pinang – tuan disaran berhubung dengan Pejabat MARDI Negeri Pualu Pinang yang terletak di Seberang Prai (04-5757930)

  9. salam. Saya bercadang untuk mengusahakan sepenuh masa penanaman stavia.pada ketika ini saya bekerja di perkhidmatan awam.Tetapi tiada kepuasan dalam bekerja disebabkan sistem kerja di jabatan saya amat menyedihkan.Justru itu boleh ka mardi memberi panduan untuk saya dapatkan benih stavia yang berkualiti disabah?dimana jugakah saya boleh dapatkan bimbingan untuk penanaman ini.bolehkah saya perolehi dari pihak mardi kilang yang benar-benar akan membeli hasil stavia sekiranya keluar hasil…
    Di sabah pada ketika ini terdapat satu syarikat yang mengamalkan kontrak pengambilan hasil.tapi saya ragui cara kontrak mereka.ini kerana mereka menjual benih dengan pakej minimum Rm3000 untuk seratus anak pokok.mean satu pokok saja mereka jual Rm30…seperti kita ketahui dalam bidang penanaman pokok ni 50/50.kadang jadi kadang tidak.so skiranya dikaji secara mendalam syarikat yang untung.kebanyakan pengusaha baru adalah tidak berapa tau cara penanaman so kelabu mata dengan potensi pendapatan terus labur.kalu mati lagi anak pokok terpaksa ambk lagi minimum spt diatas..so sy rasa pakej ini amat bahaya.so harap mardi dapat memberi ulasan.email saya preve3311@gmail.com…Terima Kasih.

    1. Pakcik Jay
      Saya tinggal di Kota Belud. Setakat ini saya ada banyak anak stevia yang boleh ditanam terus ke ladang.
      Pengalaman saya hampir 3 tahun kita boleh kongsikan bersama termasuk semai, tanam, penyediaan tanah, menuai dan sehingga daun menjadi kering sedia dibungkus.
      Saya juga menggunakan herba sebagai racun serangga. Ini pun boleh dikongsikan. Racun serangga yang saya gunakan selamat dimakan oleh manusia. Memang pun herba itu makanan manusia. Nanti kita kongsikan ilmunya.
      Harga satu bag polythene amat murah. Mungkin termurah di Sabah mahu pun di Malaysia. Harga kita boleh runding.
      Hanya satu yang saya tak dapat jamin iaitu pemasaran.sebab saya bukan pengandali contract farming. Saya hanya penanam stevia sahaja (petani biasa)
      Jika tuan berminat maklumkan saya di genuinekb@gmail.com atau sms 0103444115

      Terimakasih.

  10. Salam,

    Saya ingin bertanya, Dimanakah saya boleh menyertai kursus-kursus berkenaan Stevia & juga adakah MARDI ada menganjurkan kursus-kursus berkenaan Stevia & berapa kadar harga untuk kursus tersebut. Harap jawapan yang saya terima dapat membantu saya. Terima Kasih

    1. Assalamualaikum.

      Pihak MARDI tidak ada menganjurkan kursus berkaitan stevia. Pihak MARDI boleh memberikan khidmat nasihat dalam aspek teknologi pengeluaran tanaman stevia iaitu dari peringkat pengeluaran bahan tanaman stevia sehinggalah mengutip hasil. Sila hubungi En. Wan Zaki Wan Wan Mamat di talian 03-8943 7340, email:wanzaki@mardi.gov.my
      Sekian,
      Terima kasih

      1. tuan wan kita nak dapatkan beberapa batang pohon stevia untuk experimen dulu. kalau betul betul berhasil baru nak terokai bidang ni boleh tolong ke?

      2. Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Untuk maklumat lanjut, Tuan boleh menghubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my.

      3. Tuan boleh berkesperimen dengan pokok stevia dan tuan boleh dapatkan benih stevia dari beberapa pembekal nurseri herba yang menjual bahan tanaman ini. Dicadangkan tuan dapatkan sebilangan pokok sahaja dahulu untuk dijadikan pokok induk (kerana harga yang agak tinggi) dan gandakan bahan tanaman stevia dari pokok induk yang ditanam itu. Selamat berjaya dalam eksplorasi tuan dengan tanaman stevia.

  11. Pak Long

    Syukur alhamdulullah…setelah mencuba, mencuba, mencuba dan terus mencuba berbagai cara selama hampir 3 tahun akhirnya menyemai pucuk muda stevia.

    Pengalaman saya adalah seperti berrikut:-

    1. Sembur racun serangga organik (buatan sendiri) yang tidak membahayakan kesihatan manusia.

    2. Pilih pucuk muda yang tiada tanda tanda berbunga yang sihat.

    3. Sekurang kurang nya 2 buku. Satu buku dalam cocopeat atau palm peat dan pucuk di atas.

    4. Simpan tray ditempat yang teduh net 90%

    5. Tray hendaklah sentiasa lembab

    6. Spray baja daun 3 kali seminggu

    7. Spray daun jam 7.00 pagi, 10.00 pagi, 1.00 tengahari, 4.00 petang, dan 6.00 petang kecuali musim hujan

    Sebulan selepas menyemai barulah ditanam dalam polethene bag.
    Saya amat puas hati dengan cara penemuan ini sebab kebanyakan tray benih semaian saya hidup 100%

    Tanah dalam polethene bag itu pula 30% habuk papan yang sudah reput + 30% sekam padi hitam + 40% tanah (bukan tanah liat)

    Saya ingin bertanya pada MARDI dan Pak Long samada cara saya ini betul.
    Tolong betulkan saya.

    Terimakasih….

  12. salam 1 malaysia, saya amat berminat utk mencuba penanaman stevia, alhamdulilah.. banyak info megenai pokok/produk stevia di ruang ini. setelah membaca komen dan tunjuk ajar tentang stevia, saya yakin ia bakal menjadi sumber ekonomi bagi rakyat MALAYSIA. untuk itu saya sangat berharap pihak PERTANIAN / MARDI / FAMA membantu dari sudut pasaran dan harga semasa. adakah harga daun stevia di tentukan oleh mengusaha atau pemborong dan berapa harga untuk sekilo daun stevia di pasaran sekarang?

    1. Wassalam. Tahniah kerana tuan telah membuat banyak bacaan mengenai tanaman ini. Oleh kerana MARDI hanya mempunyai mandat untuk melaksanakan kajian untuk penghasilkan teknologi penanaman, maka soalan tuan mengenai pasaran adalah di luar bidang yang dibenarkan untuk MARDI. Cubalah tuan membuat pertanyaan kepada agensi berkaitan yang mungkin dapat memberikan maklumat pasaran tersebut seperti FAMA. Tuan juga boleh bertanya kepada orang yang sedia terlibat dengan tanaman ini untuk mendapa petunjuk mengenai harga stevia di pasaran. Diharap maklumat tersebut dapat membantu tuan. Sekiranya tuan memerlukan khidmat nasihat mengenai teknologi penanaman stevia, jemputlah mengunjungi pejabat MARDI.

      Wassalam/Regards
      WAN ZAKI WAN MAMAT
      Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri
      Ibu Pejabat MARDI
      Persiaran MARDI-UPM
      43400 Serdang, Selangor

      Tel: +603-8943 7340
      Fax: +603-8943 7714
      e-mel: wanzaki@mardi.gov.my

  13. Assalamulaikum,

    Saya amat berminat utk bergiat dlm penanaman stevia. Blm pernah ada pengalaman cuma byk membaca di web. sya nak mencari syarikat yg menawarkan contract farming. Mungkin tuan blh beri cadangan 2 atau 3 syarikat yg boleh sya jumpa n to choose the best company to be with or to start with ( yg genuine)

    Harap pihak tuan memebantu saya.

    Thanks and salam.

    1. Waalaikummussalam. Tahniah kerana berminat dengan pertanian. MARDI tidak ada sebarang hubungan dengan syarikat yang menawarkan penanaman kontrak tanaman stevia – sehubungan itu MARDI tidak ada asas untuk mencadangkan mana-mana syarikat sebegitu. Maaf.

      Wassalam/Regards
      WAN ZAKI WAN MAMAT
      Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri
      Ibu Pejabat MARDI
      Persiaran MARDI-UPM
      43400 Serdang, Selangor

      Tel: +603-8943 7340
      Fax: +603-8943 7714
      e-mel: wanzaki@mardi.gov.my

  14. salam,saya ingin bertanya,bolehkah dan sesuaikah stevia ini di tanam di bekas tanah sawah?kalau tidak sesuai,adakah cara lain untuk merawat tanah itu?

  15. salam
    Saya berminat nak menceburi penanaman stevia ni….Saya dari Sandakan Sabah…….
    Jika ada sesiapa yang boleh membantu sila hubungi saya 0195395440

    1. Semoga berjaya. Teruskan usaha anda!
      Sekiranya tuan memerlukan khidmat nasihat mengenai teknologi penanaman stevia, jemputlah mengunjungi pejabat MARDI.

      Wassalam/Regards
      WAN ZAKI WAN MAMAT
      Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri
      Ibu Pejabat MARDI
      Persiaran MARDI-UPM
      43400 Serdang, Selangor

      Tel: +603-8943 7340
      Fax: +603-8943 7714
      e-mel: wanzaki@mardi.gov.my

      1. Soalan tuan kami panjangkan kepada pihak yang berkenaan. Kami akan hubungi tuan semula apabila terdapat maklumat mengenai ini kelak. Sekian, Harap maklum

  16. Assalamualaikum, sy ingin usahakan penanaman stevia di kulai,johor. Sy ingin pihak tuan bantu sy untuk keluasan tanah 1/4 ekar di tanah bukit. Kos tapak,kos anak stevia,bja dll. Dan syarikat permasaran kekal utk pmasarkan anak d daun stevia nti.

    1. Syabas kerana ingin mengusahakan tanaman stevia. Sebelum memberi respons kepada soalan tuan, ingin dimaklumkan bahawa MARDI lebih menumpukan kepada memberi khidmat nasihat mengenai teknologi penanaman stevia dan MARDI tidak terlibat (tidak dimandatkan) dalam aspek pemasaran stevia.

      2. Terhadap persoalan tuan:

      a. Kos tapak – kos sangat bergantung kepada kos semasa semua bahan dan alatan yang digunakan. Di peringkat penyediaan tapak semaian, jika menggunakan dulang semaian, kosnya perlu diambil kira. Apabila menanam ke ladang, alatan pengairan juga perlu disediakan seperti satu enjin dengan pam serta bilangan pemercik/sprinkler yang mencukupi. Kosnya boleh dirujuk kepada syarikat pengeluar/pembekal bahan-bahan tersebut.

      b. Kos anak stevia – pada masa ini harga anak stevia tidak dikawal kerajaan dan lebih bergantung kepada syarikat yang membekalkannya. Banyak syarikat menjual pada harga RM5.00 sepokok jika dibeli dalam kuantiti 100-100-100. Jika beli sepokok dua sahaja, harga boleh mencapai RM15.00 sepokok. Dicadangkan untuk memulakan penanman stevia, tuan dapatkan beberapa ratus pokok terlebih dahulu dan gunakan pokok yang dibeli itu sebagai induk untuk memperbanyakkan sendiri anak stevia untuk ditanam – dengan cara ini tuan dapat mengurangkan kos belian anak pokok.

      c. Baja – disyorkan pada kadar 10 t/ha baja organik (4 t/ekar) dan jika hanya 1 ekar bermakna hanya 1 tan sahaja diperlukan. Harga boleh disemak dengan pembekal baja organik tersebut.

      d. Syarikat pemasaran – maaf MARDI tidak dapat mengesyorkan syarikat pemasaran kerana itu bukan mandat MARDI. Dinasihatkan tuan sendiri memastikan ADA pasaran bagi bahan mentah stevia yang tuan akan tanaman TERLEBIH DAHULU sebelum usaha penanaman dilakukan. JANGAN TANAM DAHULU BAHARULAH NAK CARI PEMBELI – langkah ini sangat berisiko dan pastinya tidak berupaya memberi harga yang tinggi bagi tanaman yang tuan akan tanam.

      Sekian, semoga info ini dapat membantu tuan dalam mengusahakan tanaman stevia.

      Wassalam/Regards

      ——————————-
      disediakan oleh:
      WAN ZAKI WAN MAMAT
      Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri

  17. assamualaikum TUAN…
    saya zamri dari kulai,johor sangat berminat untuk menanam pokok stevia disini.pihak mardi di kulai,johor boleh bantu saya dari awal penanaman sehingga permasaran daun dan pokok stevia termasuklah penjagaan semasa(baja,siraman dan penyakit stevia).sebelum ini saya ingin memulakan projek ini melalui iklan2 akhbar dan it,tetapi banyak KES PENIPUAN.
    saya ingin dijalankan projek ini dengan mendapat kerjasama dari pihak mardi,pertaian dan syarikat2 yang benar2 dapat membantu saya menjadi USAHAWAN STEVIA OKU yang berjaya pada akan datang.
    Boleh tuan hantarkan maklumat cara menjalankan perladangan pokok stevia dan cara pasarkan produk dari daun dan pokok stevia termasuklah penjanjian perladangan,jualan dan belian anak,pokok dan daun stevia dari syrikat yang dipercayai oleh tuan.
    dan membantu saya memohon pinjaman kewangan untuk perladangan pokok stevia di atas tanah suku hekar di dearah kulai,johor.
    semoga pihak dapat bantu saya golongan OKU yang mahu berjaya dunia dan akhirat.

    1. Soalan 1:
      Sangat berminat untuk menanam pokok stevia disini. pihak mardi di kulai,johor boleh bantu saya dari awal penanaman sehingga permasaran daun dan pokok stevia termasuklah penjagaan semasa(baja,siraman dan penyakit stevia).

      Jawapan:
      1a. MARDI sangat berbangga dengan azam tuan untuk mencebur diri dalam pertanian dengan menanam pokok stevia.

      1b. Maaf, MARDI tiada pejabat di Kulai, Johor, walau bagaimanapun, tuan boleh mendapatkan nasihat daripada Stesen MARDI di Kluang , Johor.

      1c. MARDI bersedia mambantu dari segi khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai aspek teknologi penanaman, termasuklah tanaman stevia.

      1d. Maaf sekali lagi, kerana MARDI tidak dapat membantu bari segi pemasaran, kerana MARDI tidak dimandatkan untuk tugas pemasaran. Diharap pihak tuan mendapatkan dahulu pasaran sebelum menanam stevia untuk mengelak daripada ditawarkan harga yang rendah oleh pembeli. Atau pihak tuan boleh merundingkan penanaman secara kontrak untuk pengeluaran teh herba atau tuan boleh menanam stevia untuk kegunaan sendiri jika tuan mengeluarkan teh herba.

      Soalan 2:
      Sebelum ini saya ingin memulakan projek ini melalui iklan2 akhbar dan it,tetapi banyak KES PENIPUAN. saya ingin dijalankan projek ini dengan mendapat kerjasama dari pihak mardi, pertaian dan syarikat2 yang benar2 dapat membantu saya menjadi USAHAWAN STEVIA OKU yang berjaya pada akan datang.

      Jawapan:
      2a. Tuan telah pun ada sedikit sebanyak maklumnat mengenai industri stevia tempatan. AMRDI percaya masih ada sebiilangna syarikat yang benar-benar ikhlas mahu membantu memajukan industri stevia negara.

      Soalan 3:
      Boleh tuan hantarkan maklumat cara menjalankan perladangan pokok stevia dan cara pasarkan produk dari daun dan pokok stevia termasuklah penjanjian perladangan,jualan dan belian anak,pokok dan daun stevia dari syrikat yang dipercayai oleh tuan. dan membantu saya memohon pinjaman kewangan untuk perladangan pokok stevia di atas tanah suku hekar di dearah kulai,johor. semoga pihak dapat bantu saya golongan OKU yang mahu berjaya dunia dan akhirat.

      Jawapan:
      3a. Insyaallah apabila tuan telha bersedia untuk meanam stevia, Staf MARDI akan membantu tuan memberi khidmat nasihat mengenai teknologi penanaman.

      3b. Namun begitu, MARDI hanya dapat membantu tuan dalam aspek penanaman dan pemprosesan primer sahaja tetapi TIDAK DAPAT MEMBANTU dari segi pemasaran seperti mana yang telah dijelaskan di dalam (1d) di atas. MARDI juga TIDAK DAPAT membantu dari segi penjanjian perladangan, jualan dan belian anak, pokok dan daun stevia serta permohonan pinjaman kewangan untuk perladangan.

      3c. Walau bagaimanapun, MARDI percaya ada pihak yang boleh membantu tuan dari aspek lain (selain teknologi penanaman) seperti TEKUN Nasional, AIM dan lain-lain.

      Sekian, semoga tuan beroleh kajayaan dalam bidang yang kana diceburi nanti. Terimakasih dan wassalam.

      ————————————————

      Jawapan diperoleh daripada Pegawai Penyelidik:

      WAN ZAKI WAN MAMAT
      Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri

  18. Assalamualaikum.. nama saya Asyraf.Boleh saya tahu adakah telah wujud teknologi berkaitan pertanian & pembesaran stevia ini?Bolehkah tuan berikan saya senarai dan maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengannya?sekian,harap maklum.

    1. Salam,

      Mohon maaf kerana baru kini dapat mengumpul info berikut sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan:

      “Boleh saya tahu adakah telah wujud teknologi berkaitan pertanian & pembesaran stevia ini?Bolehkah tuan berikan saya senarai dan maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengannya?”

      Jawapan:
      MARDI ada menerbitkan dua artikel khusus mengenai stevia di dalam:
      1). Agromedia Bil. 21 (Penerbitan MARDI) sepertimana berikut:
      Zawayi Mat dan Muhamad Ghawas Maarof (2006). Stevia: pemanis yang tidak menggemukkan. Serdang:MARDI. 66-69
      Artikel ini memaparkan serba ringkas mengenai tanaman stevia dan apakah usaha yang telah MARDI lakukan ke atas tanaman ini sehingga tahun 2006.

      2). Buletin Teknol. Tanaman. Bil 6(2009):35-45
      Muhamad Ghawas, M., Wan Zaki,W.M., Zawayi, M., M ansor, P. dan Muhamad Azhar, A.B. (2009). Penanaman dan pengeluaran tanaman stevia.
      Artikel ini membincangkan beberapa aspek utama tanaman stevia termasuklah kesesuaian tanah dan iklim, penyediaan kawasan tanaman, penyediaan dan pembiakan bahan tanaman, pengurusan tanaman di ladang, pengurusan perosak dan penyakit, penuaian dan pengendalian lepas tuai bagi tanman stevia.

      Kedua penerbitan ini (Agromedia Bil 21) dan Bletin Teknol. Tanaman Bil 6(2009) boleh dibeli dari kedai buku MARDI di Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Selangor.

      Sekian, semoga maklumat ini dapat membantu tuan mengusahakan tanaman stevia.

      ———————————————————-
      Wan Zaki Wan Mamat
      Tel: +603-8943 7340

    1. Untuk makluman, MARDI tidak dimandatkan untuk menyediakan bekalan benih stevia. Tetapi untuk khidmat nasihat, ada. sila hubungi Pegawai dibawah untuk maklumat lanjut :

      WAN ZAKI WAN MAMAT
      Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri
      Ibu Pejabat MARDI
      Persiaran MARDI-UPM
      43400 Serdang, Selangor

      Tel: +603-8943 7340
      Fax: +603-8943 7714
      e-mel: wanzaki@mardi.gov.my

  19. saya baru mula tanam benih stevia sebanyak 216 ank benih,insyallah kalau dah hidup sesiapa yg nak beli anak benih telefon saya 012-6361003 rizal

    1. Assalamualaikum,
      Utk makluman tuan/puan sebelum ini memang ada ladang stevia yg terletak di salak tinggi. Namun disebabkan beberapa perkara yg tak dapat dielakkan ladang tersebut terpaksa ditutup atas arahan mahkamah. Pengusaha tersebut sedang merancang untuk membuka ladang stevia di Raub/Kuala Lipis dan Kelantan.

      Terima kasih

      1. Tuan Mardi, boleh saya dapatkan maklumat pengusaha tersebut..saya berasal dari kelantan & menetap di bentong, pahang.

      2. Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Untuk maklumat lanjut, Tuan boleh menghubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my.

    1. Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Untuk maklumat lanjut, Tuan boleh menghubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my.

  20. Salam semua..saya ada menjalankan perniagaan air minuman yang berasaskan 100% ekstrak stevia.
    Jika sesiapa yang berminat untuk mencuba air minuman ini atau menjadi pengedar jualan boleh hubungi saya di talian :

    Hasrie : 019-6518005
    Bob : 016-6286440

  21. Is Stevia an ‘FDA approved’ sweetener?
    FDA has not permitted the use of whole-leaf Stevia or crude Stevia extracts because these substances have not been approved for use as a food additive. FDA does not consider their use in food to be GRAS in light of reports in the literature that raise concerns about the use of these substances. Among these concerns are control of blood sugar and effects on the reproductive, cardiovascular, and renal systems. Food additives and GRAS affirmation petition or pre-petition submissions for the use of such substances that FDA has received in the past have not contained the data and information necessary to establish the safe use of these substances as ingredients in food.

    http://www.fda.gov/AboutFDA/Transparency/Basics/ucm214864.htm

    Apa komen MARDI tentang hal ini?

    1. Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Untuk maklumat lanjut, Tuan boleh menghubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my.

    2. Stevia adalah pemanis semulajadi yang telah digunakan di Jepun, Brazil, Amerika Selatan dan beberapa negara lain dalam pelbagai bentuk produk seperti yogurt dan minuman bebas gula. Rekod penggunaan pertama stevia ialah dalam tahun 1887 oleh seorang saintis, Antonio Bertoni. Di Amerika Syarikat, stevia digunakan sebagai pemanis yang dapat dibeli dalam bungkusan kecil (paket) seperti pemanis lain dan digunakan dalam pelbagai produk diet tanpa gula. Pemanis stevia boleh digunakan sama seperti gula dalam masakan dan tidak menjadi perang atau kristal.

      Pihak FDA telah membenarkan penggunaan sebilangan produk stevia sejak 2008. Produk stevia yang terproses halus (highly refined) telah mendapat kelulusan ‘selamat’ GRAS (Generally Regarded As Safe) sebagai pemanis makanan selagi ianya mengandungi lebih dari 95% steviol glycosides. Laman FDA menyatakan tiada sebab untuk menghalang penggunaan dalam makanan selagi produk stevia tersebut adalah terproses halus dan mempunyai kandungan steviol glycosides >95%. FDA tidak membenarkan atau memberikan taraf GRAS kepada daun stevia atau ekstrak kasar sebagai pemanis dan kedua-duanya kekal dalam perhatian FDA.

      Wan Zaki Wan Mamat

  22. Salam, saya merupakan seorang pelajar komunikasi penyiaran di tahun akhir yang perlu membuat sebuah dokumentari mengenai stevia. Adakah saya boleh mendapatkan kerjasama pihak MARDI dalam mendapatkan maklumat mengenai proses penanaman & semaian stevia? Pihak mana yang boleh saya hubungi?

    Terima kasih.

    1. Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Untuk maklumat lanjut, Tuan boleh menghubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my. Semoga projek dokumentari anda berjaya dihasilkan dengan baik. Sekian.

  23. 1.macam mana dengan pasaran stevia yang dah di jemur ?
    2.di manakah tempat2 atau kilang di sebelah utara yang hendak di jualkan ?

    1. Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Untuk maklumat lanjut, Tuan boleh menghubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my.

  24. Salam tuan. Saya baru membaca berita yang mengatakan pikah kementerian Asas tani Dan Argo bank Ada menyediakan pinjaman untuk pertaniaan. Diantara Syaratnya ialah memerlukan surat sokongan Dari persatuaan Atau agensi pertaniaan yg diiktiraf oleh kerajaan, boleh ke pihak Mardi berikan Surat sokongan utk pengusaha stevia superti saya utk membesarkan lagi ladang saya bg memperbanyakkan lg penggeluaran daun stevia saya? Terima Kasih.

    1. Tuan, Kami akan panjangkan permohonan tuan kepada pegawai berkenaan dan memastikan samada pihak kami dapat menyediakan surat sokongan ataupun tidak.

      Sekian terima kasih

  25. boleh saya tahu sama ada di Malaysia ada kilang yang menghasilkan gula dari daun stevia atau tidak?

    1. Salam,

      1. Tiada kilang di Malaysia yang menghasilkan gulan dari daun stevia.

      2. Yang ada ialah sebuah kilang pemprosesan ekstrak stevia untuk dijadikan produk pemanis tanpa kalori – kilang tersebut teraltak di Seremban. Sehingga kini tidak membeli daun stevia keluaran tempatan kerna ekstrak diperoleh dari luar negara.

      Sekian, harap maklum dan terimakasih.

      1. Asssalamualaikum saya tinggal di seremban nak tahu alamat kilang memproses daun stevia

      2. Kami sedang mendapatkan jawapan bagi soalan/pertanyaan/maklumbalas tuan/puan. Terima kasih kerana menunggu.

  26. Saya tinggal di keningau, sabah dan berminat untuk menanam stevia. Di manakah saya dapat memperolehi benih stevia yang berdekatan.. Apakah Mardi mempunyai stesen di keningau?

    1. Di Sabah di tanam di Ranau. Maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Pertanian Sabah di talian 088-283283. Untuk makluman terdapat nurseri stevia di Miri, Sarawak di bawah projek Syarikat Borneo Rainforest Vanilla Sdn. Bhd yang boleh dihubungi di talian 085-433511. Boleh layari laman web: borneorainforestvanilla.com

  27. Assalamualaikum. Saya Hakimah pelajar Tingkatan 3 dari MRSM Tun Abdul Razak, Pekan. Saya ingin tanya di manakah saya boleh mendapatkan daun stevia ini dan juga ekstraknya di kawasan Pahang.

    1. a. MARDI tiada maklumat terperinci mengenai pengusaha Stevia di Pahang. Suatu waktu dahulu, diberitakan ada satu pengusaha di Rompin/Muadzam Shah -tetapi sudah tidak kedengaran lagi. Salah satu lagi ialah pengusaha di Janda Baik, Pahang.

      b. Mungkin saudari boleh hubungi Pengarah MARDI Negeri Pahang untuk maklumat lanjut berkenaan dengan perkara ini.
      En. Mohd. Ridzuan Mohd. Saad (09-581 8170 / mrms@mardi.gov.my )

    1. Secara ringkas: Stevia boleh ditanam di dalam polibeg dan juga di ladang. Sumber bahan tanaman adalah dari kerantan batang. Perlu dipastikan bahan tanaman tumbuh dengan baik semasa di peringkat semaian. Pilih hanya bahan tanaman yang sihat sahaja untuk ditanam samada ke dalam polibeg atau ke ladang. Seeloknya dikutip apabila sahaja kudup bunga mula kelihatan. Kutipan selepas bunga kembang boleh mengurangkan kandungan pemanis semulajadi pokok ini.

  28. Saya memproses stevia varaiti MARDI menjadi ekstrak perang KBr Label KOVIA . Menghasilkan Snek1Malaysia dan Emulcithin, pemakanan untuk mencegah kegemukan. Sekiranya ada peluang, harap dapat berjumpa dan berbincang mengenai projek “adress a problem, create a business”.

  29. Salam saudara/saudari bertugas.

    Saya berhasrat untuk mengeluarkan produk minuman teh berasaskan stevia didalam botol kaca.

    Oleh yang demikian, saya ingin bertanya, adakah pihak mardi menyediakan perkhidmatan penghasilan/pemprosesan concentrated syrup/ pati air gula?

    Jika tiada, apakah jalan lain yang boleh saya usahakan dalam merealisasikan idea saya ini?

    Sekian, terimakasih kerana meluangkan masa untuk membaca dan menjawap soalan saya.
    Semoga tuan dan seluruh ahli keluarga tuan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Amin.

    1. Salam,

      Pihak kami sedang panjangkan maklumbalas tuan kepada pegawai yang lebih arif bagi membantu saudara. Jika maklumbalas telah diterima, kami akan segerakan untuk menghubungi tuan. Sekian, terima kasih

  30. A.mualikum saya pelajar kolej profesional mara,beranang,saya merupakan pelajar agro business.
    saya ada tanam pokok stevia utk projek penanaman saya kali ini…tpi dgn keadaan cuaca yg agak panas sekarang anak pokok saya tidak tumbuh dgn elok..ada yang mati..jadi apa perlu saya lakukan utk atasi masalah ini

    1. Walaikumsalam. Kami cadangkan pihak cok/puan terus menghubungi pegawai penyelidik yang bertanggungjawab menjalani penyelidikan tentang Stevia. Hubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my Terima kasih

  31. salam tuan,
    saya nie pelajar lepasan universiti tempatan..
    saya amat berminat dengan penananm stevia ini.
    tuan bolih terangkan kepada saye tak macamnama cara saye hendak mendapatkan benih steviia,cara penanaman dan cara pemasarannya…
    sebab saya hanya ade tempat untuk tanam dan minat sahaja…

    -syafiq-

    1. Wsalam tuan. Pihak MARDI boleh memberikan khidmat nasihat dalam aspek teknologi pengeluaran tanaman stevia iaitu dari peringkat pengeluaran bahan tanaman stevia sehinggalah mengutip hasil. Sila hubungi En. Wan Zaki Wan Wan Mamat di talian 03-8943 7340, email:wanzaki@mardi.gov.my

  32. Assalamualaikum, saya syahirah dri mrsm baling, berminat utk mmbuat kajian tntng stevia ini, tp apakah alamat yg bleh kami kunjungi ? bleh sertakn dgn no telefon ?

    1. MARDI boleh memberi khidmat nasihat berkaitan ini. Puan boleh menghubungi Encik Wan Zaki Wan Mamat (Timbalan Pengarah Program Pembaikbakaan) di talian 03-8943 7340 atau email:wanzaki@mardi.gov.my.

  33. selamat pagi,

    mardi,
    saya ingin bertanya kalau nak beli benih stevia yang sesuai dan telah diujikaji oleh pihak mardi.di mana nak beli benih di kawasan sabah ya.sebab saya ada terbaca benih paraguay yang di klon dan amat sesuai dengan keadaan cuaca dan iklim kita di malaysia ini.
    terima kasih pada pihak mardi.

    1. Maaf tuan, MARDI tidak membekalkan bahan tanaman stevia tetapi MARDI bersedia memberikan khidmat nasihat mengenai teknologi penanaman stevia. Kita tiada maklumat terpeinci mengenai benih klon tersebut. Sekiranya boleh, mohon kongsi di sini link tersebut untuk kita lihat. Sumber tanaman stevia di negara ini adalah keratan pucuk atau keratan batang. Stevia di negara ini sangat sedikit menghasilkan biji dan biasanya kadar biji benih stevia tempatan mempunyai kadar percambahan yang sangat rendah.

Leave a comment