Kurangkan import beras wangi

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah memperkenalkan beras wangi jenis MRQ 76 dan MRQ 74 bagi meningkatkan
produktiviti beras negara selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap beras wangi yang diimport dari luar negara. Usaha untuk memperkenalkan penanaman beras wangi di kawasan bukan jelapang dicadangkan buat pertama kalinya di Makmal Aktiviti Ekonomi Utama Nasional
(NKEA) Pertanian pada tahun 2010 di bawah Projek Permulaan EPP 9, iaitu memperkenalkan beras wangi untuk penanaman padi tanpa pengairan.

Pegawai Penyelidik MARDI Seberang Perai, Datuk Dr Othman Omar berkata nnemandangkan pengeiuaran beras wangi negara masih kurang dan negara terpaksa mengimport beras wangi sekitar 120,000 tan setahun, MARDI menjalin kerjasama dengan Sime Darby dan Infoculture Sdn Bhd  (ICSB) untuk pengeluaran dan pemasaran MRQ 76 dan MRQ 74.

“Dijangkakan dengan adanya projek ini, negara dapat mengurangkan import antara 20,000 hingga 30,000 tan beras setahun. Manakala menjelang 2020, dianggarkan terdapat 20,000 hektar ditanam beras wangi di seluruh negara yang menawarkan sekitar 40,000 ribu tan beras wangi untuk pasaran,” katanya.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan projek permulaan EPP di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP),  salah satu daripadanya adaiah penanaman beras wangi di kawasan bukan jelapang padi dan memasarkannya sebagai beras wangi. Antara kawasan perintis projek ini ialah di Sik dan Langkawi (Kedah), Titi Tinggi dan Wang Kelian (Perlis), Semanggol (Perak), Rantau Panjang dan Jeli (Kelantan) dan Marang (Pahang). Di Kedah, projek penanaman ini meliputi kawasan seluas hampir 50 hektar termasuk yang akan dibangunkan bagi musim kedua tahun ini.

Lebih kualiti produktiviti

Menurutnya, walaupun harga beras wangi di pasaran agak mahal, namun penanaman benih MRQ 76 ini dikatakan mengeluarkan hasil dua kali ganda,
seterusnya meningkatkan produktiviti beras negara.

“Sekarang kita galakkan petani cuba tanam beras wangi dalam kuantiti kecil-kecilan dahulu hanya di kawasan bukan jelapang kerana di kawasan jelapang kita fokus pada tanaman beras biasa,” katanya.

Othman berkata, beras MRQ 76 adaiah menyamai beras siam wangi yang tulen termasuk sifat-sifatnya.

“Manakala MRQ 74 lebih cenderung sebagai makanan kesihatan terutama untuk pesakit diabetes kerana sifatnya lebih kepada beras Basmathi. Ini kerana beras ini merembeskan glukos secara perlahan ketika dihadam dan ujian turut dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mengkaji keberkesanannya,” katanya.

Beliau berkata produktiviti MRQ 76 mampu mencecah antara lima hingga enam tan bagi keluasan sehektar, manakala MRQ 74 sekitar lima tan sehektar.

“Perbezaan pengeluaran mungkin berbeza sedikit sahaja tetapi perbezaan harga adaiah tinggi. Saya harap petani dapat memperoleh lebih pendapatan melalui projek tanaman ini di mana ianya mampu mengeluarkan hasil sebanyak dua tan bagi sehektar tanah,” katanya.

Harga pasaran beras wangi di Bangkok kini mencecah US1,000/tan atau anggaran RM3,500/tan dan secara tidak langsung dapat menjimatkan aliran
wang keluar negara apabila negara mampu menghasitkan sendiri beras wangi berkualiti untuk kegunaan domestik.

Bangunkan projek di tanah terbiar

Kewujudan tanah terbiar kini boleh dimanfaatkan semula bagi tujuan membangunkan penanaman beras wangi dan sebahagian besar projek perintis
dibuat di atas tanah terbiar yang dibaikpulih di kawasan bukan jelapang.

Othman berkata, pihaknya turut mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Wiiayah Kedah (Keda) untuk pemutihan tanah terbiar untuk dibangunkan,
antaranya di Charok Lintang, Sik yang kini sedang diusahakan.

“Sebagai permulaan ianya hanya membabitkan 20 petani di Sik dan akan diperluas secara berperingkat. Di Semanggol, Perak, terdapat sekitar 10
petani manakala di Kelantan 15 petani yang menjayakan projek perintis ini,” katanya.

Menurutnya, kaedah penanaman menyamai proses tanaman beras biasa, sama ada ditabur terus atau menggunakan mesin, malah kurang penggunaan baja untuk meningkatkan hasil. Malah penjagaannya lebih mudah berbanding tanaman padi biasa.

“Projek ini bermula Mac tahun ini dan akan berjalan hingga tahun 2020. Ogos ini adalah hasil tuaian pertama musim penanaman pertama,” katanya.

Beliau berkata infoculture turut giat menjalankan tanaman padi organik di Langkawi pada musim lepas dan semaian baru akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Beras organik Langkawi kini sudah dipasarkan dan harganya memang dua kali ganda beras biasa kerana hanya menggunakan baja kompos dan asli tanpa bahan kimia. Permintaannya juga amat menggalakkan,” katanya.

Hasil tuaian berganda

Di Gurun, seorang peserta projek tanaman beras wangi MRQ 76 mengakui penjagaan tanaman lebih mudah, malah lebih menguntungkan apabila hasil
tuaian pertama menunjukkan peningkatan. Saidin Hashim, 53, dari Kampung Paya Serdang, Padang Lembu berkata, hasil tuaian pertama bagi 2.5 relung petak sawah mampu memenuhi satu tong mesin tuai padi, danjumlah ini adalah meningkat berbanding dengan penanaman padi biasa.

“Saya sudah 40 tahun mengusahakan sawah padi tetapi tahun ini mencuba tanaman beras wangi dan ini adalah tuaian pertama seiepas musim menanam April lalu,” katanya, yang memiliki 20 relung petak sawah.

Menurutnya, beras ini lebih mudah dijaga kerana kurang diserang penyakit dan haiwan perosak seperti bena perang, malah tidak perlu menggunakan baja dan racun dalam kuantiti yang banyak.

“Saya mula secara kecil-kecilan dahulu untuk melihat kesesuaian tanah dan peningkatan hasilnya sebelum berhasrat menambah kawasan tanaman.
Walaupun tanaman tetap diserang ulat daun dan batang, tetapi tidak seteruk tanaman padi biasa,” katanya.

Menurutnya, terdapat empat orang petani yang menjayakan projek tanaman beras wangi di kampung itu. Saidin percaya hasil pendapatannya juga akan meningkat sekali ganda apabila kesemua tanaman habis dituai kelak.

Petani Romli Ahmad, 54, belum berkesempatan mencuba tanaman beras wangi tetapi berminat mengusahakannya pada musim akan datang.

“Saya belum cuba kerana benih yang diberikan kepada petani tidak mencukupi. Saya akan tunggu giliran untuk mencuba tanaman ini musim depan. Sementara itu dapatlah saya buat kajian mengenai hasil tanaman berpandukan pada rakan-rakan yang telah menyertai projek ini,” katanya.

Advertisement

2 thoughts on “Kurangkan import beras wangi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s