Teknologi Keropok Keping Empat Segi dan Keropok Lekor Cendawan MARDI

TEKNOLOGI KEROPOK KEPING EMPAT SEGI MARDI

keropok 4 segi

  • MARDI berjaya meningkatkan teknik pemprosesan keropok keping dengan membuat pengubahsuaian rupabentuk keropok kepada bentuk empat segi yang lebih seragam.
  • Pengubahsuaian formulasi dan penggunaan bekas acuan pembentuk serta penciptaan tray pengeringan dapat memberikan bentuk empat segi yang seragam selepas pengeringan.
  • Keropok keping empat segi lebih mudah dibungkus di dalam plastik polietilena ketumpatan rendah (LDPE) dan kotak. Keropok keping di pasaran bentuknya adalah terlalu besar dan tidak seragam menyebabkannya mudah patah dan sukar untuk dibungkus bagi pasaran dalam dan luar negara.
  • Inovasi ini dapat mengurangkan kos pembungkusan, menjimatkan ruang penyusunun dan menjadikan produk lebih menarik.
  • Jangka hayat keropok keping yang dibungkus dengan kotak dan plastik LDPE adalah selama satu tahun.
  • Formulasi produk ini telah didaftarkan di bawah rahsia dagangan dan kategori inovasi utiliti bagi dulang pengering.
  • Teknologi ini berpotensi untuk dikomersialkan dengan harga RM10 bagi 500 g sebungkus dengan kadar pulangan balik (Internal rate return – IRR) 46% bagi bayaran balik selama 2.3 tahun.

TEKNOLOGI KEROPOK LEKOR CENDAWAN MARDI

1

Teknologi keropok lekor cendawan adalah satu produk baru bagi penghasilan produk keropok.

Formulasi yang dibangunkan telah berjaya menghasilkan produk yang lembut dan tidak mudah terlerai kerana ramuan yang digunakan dapat memegang campuran hirisan cendawan bersama ramuan lain semasa penyimpanan sejuk beku dan selepas dimasak.

Nilai pemakanan yang baik menjadikannya sesuai sebagai produk alternatif kepada produk lain dimana ianya tidak mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi.

Keropok lekor cendawan menerima skor yang tinggi iaitu 4.0 ke atas (pada skala 0 hingga 5) bagi ciri warna, rasa, tekstur dan penerimaan keseluruhan berbanding dengan keropok lekor tanpa cendawan dalam ujian nilai rasa oleh panel terlatih.

Keropok lekor cendawan sejuk beku mempunyai jangka hayat selama satu tahun pada suhu -20 celsius.

Formulasi produk ini telah didaftarkan di bawah rahsia dagangan dan teknologi ini berpotensi untuk dikomersialkan dengan harga RM13.00 bagi 1 kg/bungkus dengan pulangan balik (internal rate return – IRR) 72% bagi bayaran balik selama 1.6 tahun.

Keistimewaan produk

  • Mengandungi serat  (3g/100g) yang boleh membantu penghadaman. Pengambilan serat yang tinggi dilaporkan mengurangkan risiko sakit jantung, strok, diabetis, obesiti, hipertensi dan penyakit gastrointestinal.
  • Mengandungi protien (7.9g/100g). Protien adalah perlu untuk pertumbuhan serta pembaikan tisu dalam badan.
  • Mengandungi kandungan lemak (0.5g/100g) yang rendah.
  • Mengandungi ß-glucan (0.2 g/100g). ß-glucan boleh menurunkan kolestrol dengan menurunkan low-density lipoprotein dalam darah.
  • Mengandungi 1.10 g asid lemak tidak tepu (PUFA) bagi 100g keropok lekor cendawan. Pengambilan PUFA yang mencukup dalam pemakanan

Maklumat lanjut, hubungi Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Makanan MARDI di talian: 03-89536400

Leave a comment