MAHA18 – Varieti Baharu Tomato Tanah Rendah MARDI

Tomato-1

PENGENALAN

Tomato (Lycopersicon esculentum L.) merupakan salah satu sayuran penting di Malaysia dan memberikan pulangan hasil yang lumayan dengan nilai pasaran RM425 juta (2016).

Sebanyak 58% tanaman tomato bertumpu di kawasan Cameron Highland. Secara umumnya, penanaman tomato di tanah rendah amat terhad disebabkan oleh kekangan pelbagai masalah yang berlaku seperti warna buah yang kurang menarik, hasil rendah, saiz buah yang lebih kecil dan masalah serangan penyakit layu bakteria yang tinggi.

Bagi meningkatkan hasil pengeluaran tomato di kawasan tanah rendah dan mengurangkan masalah penyakit layu bakteria yang tinggi, tomato banyak ditanam di bawah struktur lindungan hujan/sistem fertigasi. Walaupun kaedah ini sangat efektif namun kos pengeluaran di bawah struktur lindungan hujan adalah 2.3 kali lebih tinggi berbanding dengan tanaman secara terbuka di ladang.

Biji benih yang digunakan juga adalah lebih mahal dan bengantung sepenuhnya kepada biji benih hibrid import terutamanya dari Thailand, Taiwan dan China. Hasil penyelidikan MARDI telah berjaya menghasilkan varieti tomato baharu sebagai tomato tanaman tanah rendah pada persekitaran tropika.

Varieti ini merupakan titisan tulen/inbred terpilih terhasil daripada kacukan tomato komersil, MTI dan MTII dengan varieti tomato dari luar negara iaitu Fumikura. Titisan ini telah melalui peringkat penstabilan sehingga generasi ke-9. Varieti tomato ini telah dipilih berdasarkan ciri hasil buah yang tinggi (2.9 kg/pokok); warna buah yang menarik; jangka hayat simpanan yang panjang dan insiden serangan layu bakteria yang rendah oleh Ralstonia solanacearumdengan kadar hidup 93%. Pokok hidup subur di kawasan tanah mineral (2.7 kg/pokok) dan gambut (2.9 kg/pokok) dengan anggaran hasil sebanyak 25 – 30 t/ha.

PEMBANGUNAN VARIETI TOMATO BAHARU TANAH RENDAH

1. Pembangunan populasi tomato F1
Kacukan varieti tomato tempatan MTI dan MTII bersama Fumikura (buah berwarna merah dan bersifat lekang tangkai)

2. Penilaian progeni F1
Progeni menghasilkan buah berwarna merah dan menarik serta hidup subur di kawasan tanah rendah dikenal pasti

3. Penulenan dan pemilihan titisan terpilih
Empat titisan tomato inbred terpilih dikenal pasti berdasarkan ciri warna buah menarik, saiz buah sekata dan rintang kepada Bacterial Wilt(No.3, No. 8, No. 9 dan No. 32)

4. Mengenal pasti titisan tomato terpilih dan terbaik
No. 32 memberikan hasil tinggi, buah menarik dan berkualiti serta toleran terhadap Bacterial Wilt

5. Penilaian multilokasi (G x E)
No.32 berupaya hidup subur pada persekitaran terbuka dengan memberikan hasil tinggi dan toleran Bacterial Wiltpada kadar hidup melebihi 93%.

6. Penilaian berskala besar
Kerjasama dengan petani/syarikat tempatan

7. Pendaftaran IP-PVP dan pengisytiharan

BUAH

Buah bersaiz kecil, berbentuk bulat dan bersifat homogen bagi setiap pokok. Hasil buah tinggi dengan purata hasil melebihi 2.5 kg/pokok, buah berwarna merah dan menarik, mempunyai kandungan beta-karotena yang tinggi (7 mg/100 g) di samping saiz buah yang kecil setanding dengan varieti komersil tomato tanah rendah MTI. Tomato ini juga bersifat toleran kepada penyakit layu bakteria dengan kadar hidup melebihi 93%.

Tomato-4
Pokok yang sedang berbuah
Tomato-3
Buah masak
Tomato-2
Peringkat-peringkat perubahan indeks kematangan

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI : 03-8953 6260

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s