Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

KUCHING, Selasa – Jawatankuasa Khas Mekanisasi dan Automasi (SCOMA) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), mengenal pasti lima isu dan cabaran berkaitan aplikasi mekanisasi dan automasi dalam sektor pertanian pada hari ini.

Ketua Setiausaha MOA, Dato’ Mohd Hashim Abdullah berkata, antara isu dan cabaran itu, tiada data komprehansif mengenai bilangan mesin dan peralatan pertanian yang dimiliki oleh sektor swasta, agensi kerajaan dan golongan petani, telah menghalang perancangan dan keperluan tambahan mesin dan peralatan pertanian dalam sektor berkaitan.

Kedua, tiada peraturan, terma-terma dan kawalan dikenakan ke atas pembekal dan pengedar atau petani dalam mengimport mesin dan peralatan pertanian, menyebabkan mesin dan peralatan yang tidak diperlukan berlambak, yang boleh menjejas stuktur tanah.

Ketiga, tiada kawalan dalam permindahan mesin dan peralatan pertanian daripada sektor ke sektor, telah menyebabkan penyebaran penyakit seperti Brown Plant Hopper (BHP) dan Golden Apple Snails ke atas pertanian.

Isu dan cabaran seterusnya, tiadanya program latihan sistematik mengenai mekanisasi pertanian dan amalan automasi untuk membantu peladang, dan terakhir, tiada peruntukan yang mencukupi untuk mengadakan latihan bagi melatih
golongan belia dan usahawan dalam operasi dan penyelenggaraan mesin dan peralatan pertanian.

“Kelima-lima cabaran dan isu ini perlu diatasi bersama dan SCOMA akan memantau dari semasa ke semasa kerana penggunaan mesin dan teknologi yang efisien tidak dapat disangkal dapat mengurangkan kos pengeluaran makanan di negara pada masa depan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa Persidangan Kebangsaan Mekanisasi Pertanian dan Makanan (NCAFM) 2012 di sini, hari ini, hadir sama Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman dan Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak, Datu Dr Ngenang Jangu.

Kata Hashim, MOA dengan kerjasama MARDI, agensi berkaitan dan pihak universiti, akan terus berusaha mencari pendekatan dan alternatif berkesan, memastikan mesin berkualiti selamat dan mesra alam, dapat digunakan oleh semua golongan petani.

(Sumber dipetik dari Utusan Sarawak)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: