Seminar Kebangsaan Teknologi Pertanian Tepad Padi (TEPad) 2019

TEPAD2019

SEBERANG PERAI, 27 Ogos 2019 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang dan Barat Laut serta FELCRA pada hari ini dengan jayanya telah mengadakan Seminar Teknologi Pertanian Tepat Padi (TEPad) 2019 yang dirasmikan oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Hotel Ixora, Pulau Pinang.

Seminar dengan tema ‘Tepat dan Pintar, Hasil Lestari’ yang diadakan ini memberi pendedahan terhadap penggiat industri dalam membincangkan segala aspek amalan pertanian tepat padi.

Pertanian tepat adalah teknologi berasaskan maklumat dalam sistem pengurusan pertanian di mana ia menggabungkan amalan pertanian yang sesuai bagi mengurus kebolehubahan di ladang untuk memastikan keuntungan yang optimum, meningkatkan produktiviti dan pengeluaran pertanian mampan. Penggunaan Teknologi Pertanian Tepat dalam pengeluaran padi dapat meningkat dan menggalakkan operasi komersial berskala besar sama ada dalam bentuk sistem perladangan berkelompok atau estet. Mekanisasi dan automasi pada pelbagai peringkat teknologi juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh, mesra alam, dengan jangkaan faedah melalui keuntungan yang optimum oleh sebab pengurangan input ladang dan penjimatan kos operasi.

“Suntikan teknologi moden untuk memastikan kelestarian dalam pengeluaran pertanian terutamanya bagi industri padi di negara-negara membangun seperti Malaysia adalah sangat penting. Pertanian tepat yang menyokong Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) adalah teknologi yang berasaskan maklumat dalam sistem pengurusan pertanian yang menggabungkan amalan pertanian moden untuk pengurusan di ladang. Ini untuk memastikan peningkatan produktiviti dengan keuntungan yang optimum.” – ulas Sim Tze Tzin.

MARDI telah membangunkan tiga komponen teknologi pertanian tepat bagi membantu golongan petani untuk lebih berdaya maju dan kompetitif dalam industri penanaman padi. Tiga teknologi ini termasuklah sistem penentuan indeks perataan tanah secara automatik, sistem penaburan benih dan sistem pembajaan secara kadar boleh ubah.

Kelebihan teknologi pertanian tepat dapat diperolehi dari segi perataan tanah yang efisien dan penaburan benih menggunakan mesin secara kadar boleh ubah (VRT) bagi memastikan penapakan pokok padi yang baik dan seragam. Selain itu, penjimatan input dapat direalisasikan dengan pengurangan baja sebanyak 15%-25% per hektar melalui penggunaan sistem pembajaan secara kadar boleh ubah (VRT). Tenaga buruh juga dapat dikurangkan sehingga 50% bagi aktiviti teknologi ini.

“Saya percaya usaha dan kerjasama yang bersepadu antara agensi kerajaan yang berkaitan seperti hari ini, bersama sektor swasta dari setiap dimensi akan memberi manfaat untuk menyelesaikan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha industri padi.” – tambah Sim Tze Tzin.

Turut hadir, Yang Berusaha Dr. Kamariah Long, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) MARDI; Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Nasir Warris, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian; Yang Berbahagia Dato’ Fouzi Ali, Pengurus Besar MADA dan Yang Berbahagia Dato’ Hj. Mutalib Tais, Pengarah Bahagian Perladangan FELCRA.


Program Perhubungan Awam, MARDI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s