Taman GreenKit Bagi Kawasan Terhad – UTUSAN

st_01.1

KONSEP kitchen garden semakin popular di kalangan mereka yang tinggal di bandar terutama di pangsapuri, kondominium dan teres. Bagaimanapun masalah timbul bagi mereka yang sering kerja keluar daerah kerana pokok perlu disiram setiap hari. Menyiram pokok boleh dikatakan kerja remeh bagi mereka yang sibuk dengan tugasan seharian.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menjalankan kajian bagi menghasilkan GreenKit. GreenKit yang dihasilkan oleh pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Hortikultur, MARDI, Ab Kahar Sandrang dapat memudahkan masalah berkenaan. Menurut pegawai penyelidik yang menjalankan kajian bersama-sama Ab Kahar, Sakinah Idris, GreenKit terdiri daripada takungan plastik yang terbahagi kepada dua ruang yang terpisah. terdapat takungan air di bahagian bawah dan takungan penanaman bahagian atas.

“Prinsip dan kaedah GreenKit menyerupai penanaman di kawasan tanah semula jadi, iaitu air di dalam tanah naik ke zon pengakaran dengan tindakan kapilari (saluran halus). “Medium tanaman yang digunakan untuk GreenKit ialah peatmoss, vermiculite dan perlite tetapi penggunaan tanah atau sabut kelapa bersama campuran berkenaan juga sesuai digunakan,” katanya semasa ditemui di Laman Sayur, MAEPS, Serdang, Selangor. Tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran berdaun dan tanaman hiasan semusim boleh ditanam terus menggunakan biji benih.

Sementara tanaman jangka panjang seperti sayuran berbuah dan ulaman serta pokok hiasan kekal perlu menggunakan benih anak pokok.Sakinah berkata, GreenKit boleh diletakkan di kawasan terlindung atau teduhan serta kawasan terbuka. Salah satu keistimewaan GreenKit, seperti tanaman dalam pasu, ia mudah dipindahkan mengikut kesesuaian dan kehendak pemilik kediaman.

“Green Kit juga boleh disesuaikan untuk tanaman laman ramuan atau edible garden kerana pengguna biasanya menggunakan hanya sedikit saja daun sebagai ramuan dalam masakan,” katanya. Pengguna juga boleh menyusun GreenKit bertingkat mengikut kreativiti masing-masing. Kapasiti air di dalam takungan GreenKit sebanyak 6.5 liter mampu membekalkan air selama lima hari hingga seminggu bergantung kepada tempat dan cuaca.

Jika GreenKit diletakkan di dalam bangunan, pengguna boleh menyiram selepas tujuh hari. Dan apabila GreenKit diletakkan di luar dalam keadaan cuaca panas, mungkin pengguna perlu menyiram selepas lima hari. Sakinah berkata, penyiraman dilakukan melalui tiub yang terletak di bahagian tepi GreenKit manakala baja diberikan sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal.

“Baja cecair dicampur dalam air kerana mudah larut manakala baja tabur dalam bentuk biji ditabur di atas medium atau digaul dan dimasukkan dalam takungan air,” katanya. Penanaman menggunakan GreenKit boleh menggabungkan beberapa jenis tanaman, namun disyorkan kombinasi perlukan keperluan air dan cahaya matahari yang sama. Jumlah jenis tanaman mestilah cukup untuk satu hidangan mengikut saiz bekas GreenKit yang digunakan. Ia juga boleh ditinggalkan tanpa pengurusan rapi, serta sesuai untuk mereka yang sibuk serta tiada masa menyiram pokok setiap hari.

GreenKit telah dilancarkan semasa MAHA 2012 tahun lepas. Pengguna yang berminat untuk mendapatkan GreenKit jangan bimbang kerana ia telah dikomersialkan dan dipasarkan oleh MScape selepas mendapat lesen daripada Marditech. Kini GreenKit boleh didapati di Laman Sayur, MAEPS, Serdang atau hubungi Zul Hazhar Md Idros 012-3863056 atau e-mel: mscape_zulazhar@yahoo.com

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_%26_Teknologi/20130609/st_01/Taman-GreenKit-bagi-kawasan-terhad#ixzz2VljRYtVY

© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s