Z’testy Pengeluar Produk Hasil Laut, Mahu Tembusi Pasaran Eropah Tahun 2013

TERENGGANU, 29 Dis – Z’Tasty, jenama baharu produk makanan laut di Terengganu, menyasarkan produknya mampu menembusi pasaran antarabangsa tahun 2013.

Pengarah Pemasaran dan Jualan Sinku Food Industries Sdn Bhd Mohd Hairiezan Rasli berkata produk jenama Z’Testy diperkenalkan di London sempena festival makanan di sana tahun lepas.

“Dalam tempoh terdekat ini, Z’Testy akan memperluaskan pasaran hasil laut Terengganu ke Eropah dengan bantuan Angkasa Food, anak syarikat Angkatan Koperasi Malaysia Berhad,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata untuk itu, syarikat pengeluar keropok utama Terengganu itu sedang berusaha mendapatkan sijil halal bagi merealisasikan matlamat tersebut. Continue reading “Z’testy Pengeluar Produk Hasil Laut, Mahu Tembusi Pasaran Eropah Tahun 2013”