Nilai Ubi Keledek

nilai-ubi-keledekUbi keledek dianggap sebagai salah satu makanan ruji utama selain daripada gandum, beras, jagung, barli, ubi kentang dan ubi kayu.

Di Malaysia, tanaman ubi keledek ditanam secara kecil-kecilan sebagai tanaman sampingan untuk pasaran segar.

Pengeluaran ubi keledek dalam skala kecil biasanya dihasilkan di luar bandar oleh petani-petani sederhana kerana tanaman ini hanya memerlukan input pertanian yang rendah.

Selain itu, tanaman ini juga mudah hidup walaupun dalam keadaan tanah yang rendah kesuburannya, rumpai yang tumbuh meliar dengan cepat dan mudah terdedah kepada relatif perosak, toleran kemarau dan juga lebihan toleran berbanding tanaman sayur-sayuran konvensional yang lain.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Tanaman dan Tanah, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Nurul Afza Karim berkata, umumnya ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dan mempunyai khasiat.

“Ubi keledek berisi oren didapati mengandungi beta-kerotin, manakala isi ungu pula kaya dengan bahan antioksida dan antosianin yang dapat melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan,” katanya ketika ditemui Mega Sains di Pejabat MARDI Bachok, Kelantan, baru-baru ini. Continue reading “Nilai Ubi Keledek”

Advertisements

Vitato Ganti Gandum

ag_01.12HANYA terdapat di sebelah pantai timur negara, ubi keledek VitAto merupakan produk terbaru MARDI dalam menggantikan pengunaan tepung gandum dalam negara.

Menurut Pengurus Pusat Inkubator MARDI Besut, Terengganu, Mohd. Saiful Nizam Hussein berkata, menerusi penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak institut tersebut mereka berjaya menghasilkan produk makanan berasaskan ubi berkenaan.

“Di kenali sebagai VitAto, produk yang berasakan ubi VitAto ini merupakan bahan terbaik menggantikan tepung gandum dalam menghasilkan produk bakeri seperti donut, kek cawan dan pelbagai lagi. Continue reading “Vitato Ganti Gandum”