Intellectual Discourse : Memperkasa Usahawan Agromakanan Melalui Teknologi MARDI

e-Banner Intellectual Discourse anjung net (Hassan Said 650x300)
Semua dijemput hadir ke #IDMARDI ini! Muat turun brosur melalui pautan di gambar ini

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan sumber pertumbuhan ekonomi yang penting dan akan terus memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi Malaysia seiring dengan langkah untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Pada tahun 2015, PKS telah menyumbang sebanyak 36.3% KDNK negara dengan jumlah nilai ditambah sebanyak RM385.6 bilion pada kadar peningkatan tahunan sebanyak 6.1%, memberi peluang perniagaan sebanyak 65% dan memberi nilai eksport sebanyak 18%. Ini jelas menunjukkan prestasi PKS di Malaysia semakin meningkat. Ia juga membuktikan bahawa PKS memainkan peranan penting sebagai enjin pertumbuhan masa hadapan negara.

Demi meningkatkan produktiviti dan mengekalkan daya saing, PKS tidak boleh ketinggalan dengan arus perubahan teknologi dan perlu giat melaksanakan aktiviti inovasi. MARDI memindahkan teknologi dan inovasi secara terus kepada PKS melalui Program Pembangunan Usahawan, Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan (PB) yang mempunyai tiga subprogram utama iaitu Khidmat Sokongan Usahawan, Khidmat Bimbingan Usahawan dan Projek Khas Pembangunan Usahawan. Golongan sasar program ini ialah usahawan Industri Asas Tani (IAT) dan pertanian yang bertaraf perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bersedia untuk menerima dan membangun dengan penggunaan teknologi MARDI. Continue reading “Intellectual Discourse : Memperkasa Usahawan Agromakanan Melalui Teknologi MARDI”

Advertisement

AGORA Agropreneur Muda MARDI Lahirkan Usahawan Berfikiran Kreatif


Serdang, 30 Mac – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus menggiatkan program dalam melahirkan Agropreneur Muda yang menjadikan pertanian sebagai sektor moden dan dinamik serta menjanjikan pendapatan yang tinggi & lumayan.

Bagi menjayakan hasrat tersebut satu program khas yang dikenali sebagai AGORA telah dianjurkan oleh Program Agropreneur Muda, Pusat Promosi & Pembangunan Perniagaan MARDI.

Program yang telah dirasmikan oleh Datuk Dr Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI ini berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan bakal usahawan berumur antara 18-40 tahun dari pelbagai bidang pertanian. Ia merupakan program yang memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan konsep keusahawanan moden, asas perniagaan serta sesi ceramah teknikal berkaitan tanaman, ternakan dan pemprosesan makanan. Continue reading “AGORA Agropreneur Muda MARDI Lahirkan Usahawan Berfikiran Kreatif”

Tauke strawberi fertigasi – Bekas kakitangan MARDI kini mengusahakan ladang strawberi di Cameron Highlands

asd

Mana-mana pengunjung yang menjejakkan kaki ke Taman Agro Al-Mashoor di Kampung Taman Sedia di Tanah Rata, Cameron Highlands akan berasa cukup ceria dengan landskap yang menarik. Warna hijau dan merah menceriakan suasana seolah olah menyambut mesra kedatangan mereka. Pokok strawberi yang dipenuhi gugusan buah segar merah berkilat begitu mengujakan.

Lebih menceriakan, apabila kedatangan disambut sendiri oleh tuan punya ladang dengan senyuman mesra sambil mempersilakan menikmati buah segar dan hasilan produk buah istimewa yang menjadi ikon pusat peranginan tersebut.

Continue reading “Tauke strawberi fertigasi – Bekas kakitangan MARDI kini mengusahakan ladang strawberi di Cameron Highlands”

Usahawan MARDI catat pendapatan RM320 juta

MELAKA – Prestasi pendapatan usahawan bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) mencatatkan jumlah sebanyak RM320 juta pada tahun lepas.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Sharif Haron berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 55.8 peratus telah mencapai tahap industri kecil dan sederhana (IKS) dengan nilai jualan tahunan melebihi RM300,000 hingga RM50 juta.

Beliau berkata, 44.2 peratus pula melibatkan usahawan mikro dengan jumlah nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000. Continue reading “Usahawan MARDI catat pendapatan RM320 juta”