Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MARDI & SK Serdang, pupuk murid terokai bidang pertanian

22 Okt – Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antara MARDI dan Sekolah Kebangsaan Serdang telah dilaksanakan dengan jayanya hari ini. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah mengadakan demonstrasi teknologi membuat kompos, demonstrasi penanaman pertanian bandar serta pameran teknologi yang pernah dihasilkan oleh MARDI.

MARDI juga turut menjalin kerjasama dengan memeterai perjanjian MOU bersama SK Serdang yang diharap menjadi titik permulaan hubungan dua hala kedua-dua belah pihak.

Program yang julung kalinya diadakan bersama SK Serdang ini adalah bertujuan untuk mempupuk anak muda terutamanya pelajar sekolah dalam menerokai bidang pertanian yang akan memberi manfaat kepada negara pada masa hadapan. #OurFoodOurFuture #betterMARDI

Pelancaran Projek Pertanian Bandar, di Taman Cendana Pasir Gudang, Johor

image Pasir Gudang, 7 Mac 2015 – Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah terlibat secara langsung dalam Projek Pertanian Bandar Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim anjuran Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor.

Proses urbanisasi mengakibatkan ramai penduduk tertumpu di kawasan bandar. Justeru berlaku peningkatan permintaan bekalan makanan dan kos sara hidup. Continue reading “Pelancaran Projek Pertanian Bandar, di Taman Cendana Pasir Gudang, Johor”