Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Posts tagged ‘Tingkatkan Harumanis’

Manisnya Harumanis, ‘Mangifera indica Linn’

Mempelam harumanis atau nama saintifiknya ‘Mangifera indica Linn’ adalah sejenis buah bermusim yang sangat sinonim dengan Perlis.

Harumanis (1)

Ia sentiasa menjadi sebutan ramai apabila tiba musimnya pada April hingga Jun. Kemanisan yang mencapai 23 peratus brix dan keharumannya sangat digemari sama ada dimakan segar, dibuat jus atau dimakan bersama pulut.

Tekstur isinya halus dan tidak berair malah apabila dimakan ia tidak banyak mengandungi serat berbanding mempelam yang lain.

Faktor yang menyebabkan harumanis sesuai ditanam di negeri berkenaan kerana kesuburan tanahnya dan faktor cuaca panas sangat baik bagi proses pertumbuhan serta penghasilan harumanis berkualiti.

Ciri-ciri harumanis adalah di bahagian bawahnya lekuk berbanding mempelam lain yang berbentuk bujur.

Apabila masak buahnya berbau harum sementara isinya manis dan berwarna kekuningan.

Ia mempunyai dua warna kulit iaitu hijau (yang dibalut dengan kertas pembalut biasa) dan kuning (yang dibalut dengan kertas karbon). Namun saiz dan rasa isinya tetap sama. (more…)