Kedah Mahu Majukan Pertanian Organik Menjelang 2020 – Exco

ALOR SETAR, 2 Jun (Bernama) — Perancangan membangunkan komuniti petani organik di negeri ini mampu dicapai sebelum tahun 2020, melalui beberapa perancangan kerajaan negeri khusus untuk meyakinkan petani melibatkan diri dalam pertanian organik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata ia antaranya melalui memanfaatkan sekurang-kurangnya dua peratus daripada keseluruhan 123,000 hektar tanah pertanian yang ada di Kedah.

“Buat masa sekarang sebanyak 4.6 hektar tanah pertanian di negeri ini telah diusahakan secara persendirian oleh petani sebagai ladang organik yang melibatkan 23 jenis sayur-sayuran di Padang Terap, Kubang Pasu, Yan dan Langkawi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pertanian Organik 2015 di sini hari ini. Continue reading “Kedah Mahu Majukan Pertanian Organik Menjelang 2020 – Exco”