Putrajaya, 26 November – Industri Sarang Burung Walit kini dimodenkan melalui program penyelidikan yang dijalankan secara bersama oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Program penyelidikan tersebut merangkumi pembangunan pengeluaran dan pemakanan, ekologi, genetik, penyakit, pemasaran dan ekonomi, serta kualiti dan standard. Continue reading “Pemodenan Industri Sarang Burung Walit”