Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Posts tagged ‘Sala Harumanis Cokanan’

Jenama Harumanis Jadi Hak Eksklusif Perlis

harumanis perlisPADANG BESAR – Ikon Perlis, mempelam ‘Harumanis’ secara rasmi disahkan sebagai hak milik eksklusif kerajaan Perlis setelah pendaftaran jenama itu diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Keselamatan Sempadan Negeri, Ahmad Bakri Ali kelulusan itu bermakna pihak lain tidak boleh menggunakan jenama tersebut untuk produk mereka.

Sehubungan itu usaha akan dilipatgandakan bagi meningkatkan pengeluaran harumanis bagi memenuhi permintaan yang bertambah, katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pemulihan mangga di Kampung Udoh Bilal, dekat sini, semalam.

Projek itu dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pertanian (MARDI) yang diberi geran RM600,000 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha membantu penanam harumanis di Perlis. (more…)

Advertisements