Padi MARDI Siraj 297 – Varieti Padi Berhasil Tinggi

#padimardisiraj2

Pembangunan dan pengenalan beberapa varieti baharu berhasil tinggi iaitu MR253, MR263 dan MR269 telah meningkatkan hasil dan mengurangkan serangan penyakit. Varieti-varieti ini diperkenalkan berikutan penurunan kerintangan padi MR219 terhadap penyakit karah. Varieti terbaharu iaitu MARDI 284 yang telah diisytihar pada 17 Ogos 2015 juga salah satu varieti berhasil tinggi yang bertujuan untuk mempelbagaikan genetik dan pilihan kepada varieti sedia ada.

Padi MARDI Siraj 297 adalah varieti terbaharu MARDI yang berpotensi dan mampu memberikan hasil tuaian yang baik. Ia rintang kepada penyakit karah dan boleh menjadi salah satu alternatif kepada petani terutama di kawasan yang terdapat serangan penyakit karah yang serius. Potensi hasil adalah setanding dengan varieti terkini dan mempunyai citara nasi yang sesuai kepada pengguna tempatan.

Keistimewaan Padi MARDI Siraj 297 ialah rintang kepada penyakit karah daun, karah tangkai dan penyakit merah virus. Ia juga sederhana rintang kepada perosak benah perang. Continue reading “Padi MARDI Siraj 297 – Varieti Padi Berhasil Tinggi”

Advertisements