Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Posts tagged ‘Program ‘Biztalk Pakej Perniagaan Usahawan Muda 2014’’

Program ‘Biztalk Pakej Perniagaan Usahawan Muda 2014’

65eee9c0Biztalk Pakej Perniagaan Agropreneur Muda MARDI 2014 yang berlansung hari ini merupakan salah satu usaha bersama Unit AgroTechnoPreneur MARDI (UAM) dan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) bagi melahirkan Agropreneur Muda yang menjadikan pertanian sebagai sektor moden dan dinamik serta menjanjikan pendapatan yang tinggi dan lumayan. 

Program yang melibatkan anchor kepada usahawan-usahawan baru seperti Melawati Kebab, Kambest dan Food Artists ini berlansung seharian di Bangunan Auditorium Ibu Pejabat MARDI Serdang dan di isi dengan pelbagai tentatif program yang sangat bermanfaat. Antaranya ialah sesi pembentangan usahawan bimbingan MARDI, Klinik Usahawan MARDI dan juga sesi dialog bersama Unit Agropreneur Muda dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan MOA, Program Agropreneur Muda MARDI, TEKUN serta Agrobank.
Ucapan aluan pembukaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Sharif B. Haron, Ketua Pengarah MARDI. Majlis Perasmian Biztalk ini turut dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohd Fadil B. Osman, Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI pagi tadi.Layari Facebook MARDI untuk lebih gambar dan maklumat lanjut

Advertisements