Fertigasi lindungi hasil pertanian ketika kemarau

fertigasi-cili-mardi

ALOR GAJAH: Sistem fertigasi dalam penanaman cili padi dan terung berupaya menyelamatkan industri pertanian peserta Kampungku Masa Depanku berdepan cabaran musim kemarau.

Projek berkenaan dilaksanakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Melaka dengan memilih peserta di kampung tertentu yang berpotensi bagi memajukan industri pertanian dengan keseluruhan modal dan peralatan disediakan oleh agensi terbabit. Continue reading “Fertigasi lindungi hasil pertanian ketika kemarau”

Advertisement

Johor berpotensi jadi pengeluar utama cili

SANIAH Kormin (bawah-kiri) dan Shahruddin Md.Salleh (bawah-kanan) bersama pelatih-pelatih PDK menanam cili pada Program Penanaman Cili Fertigasi di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pagoh dekat pagoh,Muar,Johor,semalam.

PAGOH 3 Mac – Negeri ini berpotensi besar menjadi pengeluar utama cili bagi menampung keperluan tempatan dan mengurangkan kebergantungan import bahan itu.

Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) negeri, Saniah Kormin berkata, ini kerana Johor mempunyai keluasan dan kesesuaian tanah di samping kaedah penanaman moden yang boleh dipraktikkan untuk menggandakan hasilnya.
Continue reading “Johor berpotensi jadi pengeluar utama cili”