Plastik Nanokomposit Sebagai Bekas Makanan

MEMBUAT BEKAS MAKANAN / MARDI MEMBUAT BEKAS MAKANAN / MARDI NANOKOMPOSIT / AGRO

Sekali pandang bekas makanan yang ditunjukkan kelihatan seperti produk biasa terdapat di pasaran. Bentuknya yang kemas dan licin membuatkan penulis terfikir dulang hidangan makanan itu diperbuat 100 peratus bahan polimer. Cuma yang membezakan setiap bekas makanan itu adalah warnanya.

Senarai bahan asas yang tertera benar-benar menarik perhatian untuk lebih mendekati dulang berkenaan. Begitu mengujakan apabila dulang hidangan makanan itu dibuat daripada sisa buangan pertanian. Tiga daripada bahan buangan pertanian digunakan adalah daun nanas, jerami dan sekam padi, sementara kenaf pula bahan baharu digunakan untuk menghasilkan produk bermanfaat. Continue reading “Plastik Nanokomposit Sebagai Bekas Makanan”