Jangan salah guna bantuan Azam Tani – Mahadzir

SIK 9 Okt. – Peserta Azam Tani diingatkan supaya tidak menyalahgunakan bantuan yang diterima, selain berusaha keras meningkatkan ekonomi keluarga untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid berkata, program Azam Tani merupakan kesinambungan transformasi kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup isi rumah bagi golongan miskin.

Justeru, katanya, peluang tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk merobah kehidupan masing-masing.

“Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan kerajaan sentiasa mencari jalan dan caranya bagi membantu rakyatnya agar tidak terbeban dengan masalah ekonomi rumahtangga mereka.

“Rakyat juga perlu berusaha dan mencari jalan untuk menambah pendapatan supaya mereka dapat hidup dengan lebih sempurna dan selesa,” katanya ketika merasmikan majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Latihan Pengendalian Makanan dan Penyerahan Bantuan Peralatan Peserta Azam Tani Daerah Sik di Sik Inn di sini baru-baru ini.

Program yang dikendalikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kedah dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu membolehkan 50 peserta mengikuti kursus pengendalian makanan. Continue reading “Jangan salah guna bantuan Azam Tani – Mahadzir”