PUTRAJAYA, 20 Jan — Pemutuan adalah dari perkataan mutu, semestinya melibatkan langkah langkah atau kaedah untuk menentukan sesuatu yang bermutu. Mencapai sesuatu yang bermutu adalah penting agar hasil yang diperolehi dapat memberi keuntungan atau sesuatu yang berfaedah. Maksudnya kaedah untuk menentukan mutu sesuatu produk seperti padi perlu dikenalpasti agar proses yang dikatakan pemutuan padi adalah jelas .
Beras asalnya dari tanaman padi di sawah akan melalui berapa peringkat sebelum ianya diproses sebagai butiran putih yang akan menjadi sajian yang mengenyangkan. Padi dan beras ini mempunyai ciri ciri tertentu yang akan mempengaruhi mutu akhir beras. Mutu padi ini perlu dijagai kerana proses pemutuan padi adalah bagi tujuan penggredan dan juga pemotongan kualiti padi. Juga pemprosesan padi di kilang beras dilakukan dengan terperinci bagi menentukan mutu sebenar berdasarkan spesifikasi dan penggredan untuk padi mengikut Standard Piawian Malaysia.
Pemutuan padi merupakan satu proses yang penting dalam perusahaan padi dan beras. Keputusan pemutuan padi dipengaruhi oleh berapa faktor dan bergantung pada mutu padi yang diterima dari petani. Beberapa aspek seperti ciri fizikal padi, keadaan dan teknik pengendalian padi tu sendiri akan mempengaruhi mutu padi . Padi dikatakan masih dalam keadaan yang aktif dan pada keadaan lembapan atau kandungan air yang tinggi akan mudah rosak semada menjadi masam atau bertukar warna. Padi yang sampai di kilang akan menjalani proses pemutuan agar pemotongan yang setimpal dapat dikenakan kepada terimaan padi itu.
Apakah aspek–aspek yang mempengaruhi pemutuan padi. Jawapannya haruslah diperjelaskan kepada petani petani agar keputusan pemutuan padi akan lebih bermakna serta difahami oleh mereka. Padi yang baik atau bermutu adalah padi bernas yang mempunyai isi tulen dan cukup masak. Komposisi padi hasil dari sawah biasanya mengandungi kira kira 80% padi bernas. Selebihnya adalah semada padi rosak, padi tidak matang dan bendasing atau hampa.
Continue reading “Pemutuan Padi Pusat Penyelidikan Padi & Beras (RI), MARDI”