MARDI Perkenal Teknologi R&D di AgroInvest Siri 1/2019.

Bayan Lepas, 23 Februari – YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini telah merasmikan Program AgroInvest Siri 1 2019 yang dianjurkan oleh MARDI di Hotel Vistana.

Program ini merupakan satu platform bagi pemandanan perniagaan antara MARDI dan rakan industri dalam memacu industri agromakanan agar lebih berimpak tinggi.
Penganjuran AgroInvest kali keempat ini disertai oleh 150 peserta dari pelbagai syarikat dan rakan industri. Sebanyak 53 teknologi terkini telah diperkenalkan kepada para peserta. Antaranya adalah seperti Minuman Herba 6S Bev, Nutrient Rich Tropical Fruit Breakfast Cereal, Edible Film, MD-2 Pineapple Seed, Baja Organo Mineral dan Mesin Pemisah Serabut Daun Nanas. Continue reading “MARDI Perkenal Teknologi R&D di AgroInvest Siri 1/2019.”

Advertisement