Inovasi Terkini Pertingkatkan Potensi Dabai

dabai

Serdang, 28 November –¬† Buah dabai atau Zaitun Sarawak mempunyai potensi yang tinggi untuk dipelbagaikan kegunaan.¬†Secara konvensional, buah dabai hanya dimakan segar namun hasil penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), pembangunan produk berasaskan buah dabai telah dibangunkan dan teknologi tersebut dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin di Pavillion Sarawak sempena MAHA International 2012

Pembangunan produk tersebut dijangka dapat mengatasi lambakan buah dabai dan sering menjadi isu di kalangan pengusaha di Sarawak. Antara produk yang telah dibangunkan adalah jeruk dabai, pulpa sejukbeku dabai, sos pencicah dan pes perencah dabai, serta mayonis dan juga minuman daripada dabai. Produk-produk tersebut contohnya pula sejukbeku boleh mengekalkan rasa segar dabai melebihi setahun. Continue reading “Inovasi Terkini Pertingkatkan Potensi Dabai”