Pelancaran Buku Ilmiah Terbitan MARDI

buku ilmiah

Serdang, 30 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menerbitkan beberapa buku ilmiah yang dapat dijadikan bahan rujukan yang sangat berguna terhadap masyarakat dan usahawan yang berminat dalam sektor pertanian. Buku-buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh para usahawan, pentani mahupun pelajar kerana mempunyai maklumat lengkap. Ianya ditulis oleh para pegawai penyelidik MARDI yang berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu. Buku-buku ilmiah tersebut telah dilancarkan oleh Y.B Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara buku-buku yang telah diterbitkan adalah Buku Mekanisasi Pengeluaran Makanan adalah buku berbentuk monograf bersiri yang menghuraikan teknologi mekanisasi pengeluaran makanan yang telah dihasilkan di MARDI. Penerbitan ini menghasilkan tiga teknologi mekanisasi bagi menghasilkan produk telur masin, keropok lekor dan karipap segera. Continue reading “Pelancaran Buku Ilmiah Terbitan MARDI”

Advertisements