Midin – Sayur Tradisional Sarawak

Paku Midin Paku midin (Stenochlaena palustris) merupakan tumbuhan paku pakis yang biasanya terdapat di kawasan paya gambut dan hutan belukar di negeri Sarawak.

Paku midin yang digoreng bersama ikan bilis dan belacan telah menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan dan pelancong. Tidak hairanlah masakan pucuk midin kini turut disaji di hotel dan restoran mewah.

Sebagai sayuran yang lazat dan berkhasiat, paku midin berpotensi diketengahkan secara komersial sebagai komoditi untuk pasaran eksport. Beberapa percubaan menanam paku midin telah dijalankan di beberapa kawasan sekitar Bandaraya Kuching. Bagaimanapun, hampir kesemua pucuk midin yang ada di pasaran ialah hasil pengutipan daripada tumbuhan liar.

Continue reading “Midin – Sayur Tradisional Sarawak”