Konvensyen Agropreneur Muda & Showcase Produk 2016

Konvensyen Agropreneur Muda & Showcase Produk 2016Pelbagai aktiviti bakal diadakan dari 29/8 – 4/9/2016 bertempat di bbpark, Bukit Bintang. Semua dijemput hadir!

#‎AgricultureIsFuture‬ ‪#‎OurFoorOurFuture‬

Terima kasih MARDI

dodol

“Pada awal berniaga, dodol yang dihantar ke pasar raya dan kedai ditolak kerana teksturnya kasar, tidak boleh ‘tarik’, keras, cepat berkulat dan berbau tengik.

“Perasaan kecewa memang tak dapat disangkal kerana selepas berhabis modal beli bahan mentah dan mengerah tenaga mengacau dodol kerana masak menggunakan dapur kayu, akhirnya dodol terpaksa dibuang begitu sahaja kerana tidak menjadi,” kata pemilik bengkel dodol Cik Na Cik Edy Enterprise Amiruddin Ismail, 53.

Katanya, selepas melakukan sendiri proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah seliaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dodolnya makin menjadi, seterusnya permintaan meningkat.

“Terima kasih MARDI kerana membantu saya membuat penyelidikan sehingga mampu menghasilkan dodol yang digemari ramai,” katanya. Continue reading “Terima kasih MARDI”

Serangan Bena Perang Rugikan Ribuan Ringgit

bena-perang-BH

Baru-baru ini, sebahagian kecil pesawah dalam kawasan Parlimen Bagan Serai mendakwa telah menanggung kerugian ribuan ringgit apabila lebih 10 hektar kawasan sawah yang diusahakan mereka diserang perosak bena perang atau dipanggil ‘bom’ oleh penduduk setempat. Varieti yang ditanam dipercayai adalah benih CL. Ramai diantara mereka mendakwa hasil telah merosot hingga ke paras 3 tan metrik. (Sumber dipetik dari Berita Harian, 17 Julai 2016)
Continue reading “Serangan Bena Perang Rugikan Ribuan Ringgit”

National Coconut Workshop 2016

brochure_banner

Persatuan Alumni UPM akan menganjurkan “National Coconut Workshop” 2016 bertujuan membincangkan isu dan cabaran industri kelapa di Malaysia seperti butiran berikut:

Tarikh : 9 Ogos 2016 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Bangunan Canselori Putra UPM
Brosur: https://goo.gl/KDH7f2 

Yuran Penyertaan:
Peserta/pembentang poster: RM 350
Alumni : RM 200
Pelajar : RM 50
Pempamer ( Exhibitor ) : RM 500.00

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Bengkel ini boleh menghubungi sekretariat ditalian 03 8946 7242/7243/7244 atau email: alumniupm@gmail.com.

Laporan Penyiasatan Penyakit Ayam

ayam sakitMerujuk kepada penyakit ayam yang diviralkan di laman sosial dan di aplikasi whatsapp, adalah dimaklumkan bahawa isu ini telah ditimbulkan pada pertengahan tahun lalu dan pihak DVS telah pun membuat kenyataan media bagi menjawab isu tersebut.

Ditekankan sekali lagi bahawa tiada penyakit misteri pada ayam. Merujuk kepada gambar-gambar yang diviralkan ini disebabkan oleh ayam di ladang tersebut tidak di vaksin diperingkat awal usianya. Penyakit ini tidak boleh menjangkiti manusia (zoonotik). Continue reading “Laporan Penyiasatan Penyakit Ayam”

Intellectual Discourse; Industri Ayam Pedaging di Malaysia

e-Banner Intellectual Discourse anjung net 2

Majlis Intellectual Discourse; Industri Ayam Pedaging di Malaysia yang akan disampaikan oleh En Tafsir bin Serin, Pengarah (Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Inovasi, MARDI). #OurFoodOurFuture #betterMARDI

Semua dijemput hadir! Muat turun brosur.

Rakyat Malaysia Bazir 15,000 Tan Makanan Sehari

food waste

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Rakyat Malaysia membazirkan sebanyak 15,000 tan metrik makanan sehari termasuk 3,000 tan yang masih boleh dinikmati dan tidak sepatutnya dibuang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Nogeh Gumbek berkata pembaziran makanan semakin meningkat pada musim-musim perayaan dan dilihat sebagai satu tabiat yang seharusnya dikekang bagi memastikan amalam membazir tidak berterusan.

“Kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan 28.4 peratus daripada jumlah padi yang dihasilkan juga hilang begitu sahaja.

“Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, 20 hingga 50 peratus dibuang dan tidak sampai ke pengguna,” katanya selepas merasmikan Forum ‘MySaveFood’ di sini, hari ini. Continue reading “Rakyat Malaysia Bazir 15,000 Tan Makanan Sehari”

Tauke strawberi fertigasi – Bekas kakitangan MARDI kini mengusahakan ladang strawberi di Cameron Highlands

asd

Mana-mana pengunjung yang menjejakkan kaki ke Taman Agro Al-Mashoor di Kampung Taman Sedia di Tanah Rata, Cameron Highlands akan berasa cukup ceria dengan landskap yang menarik. Warna hijau dan merah menceriakan suasana seolah olah menyambut mesra kedatangan mereka. Pokok strawberi yang dipenuhi gugusan buah segar merah berkilat begitu mengujakan.

Lebih menceriakan, apabila kedatangan disambut sendiri oleh tuan punya ladang dengan senyuman mesra sambil mempersilakan menikmati buah segar dan hasilan produk buah istimewa yang menjadi ikon pusat peranginan tersebut.

Continue reading “Tauke strawberi fertigasi – Bekas kakitangan MARDI kini mengusahakan ladang strawberi di Cameron Highlands”

Projek Penanaman Padi MARDI Wangi di Luar Kawasan Jelapang Di Sarawak


111 - Copy

Bau, 16 April – Majlis Pelancaran Projek Penanaman Padi MARDI Wangi di Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh YB. Tuan Nogeh Gumbek, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Fairy Caves, Bau hari ini.

Projek ini merupakan projek penanaman pertama di negeri ini hasil kerjasama MARDI dan Syarikat Ceria Alliance di bawah projek NKEA Pertanian, (EPP-9). Sempena majlis ini, MARDI juga telah memeterai perjanjian persefahaman dengan syarikat tersebut.

1) Bernama – Lebih Banyak Kawasan Penanaman Padi Beras Wangi Perlu Dibuka – https://t.co/jsZd0jIg7U

2) Bernama – MARDI Urged To Identify Land Suitable For Fragrant Rice Cultivation – https://t.co/dYZbCZfCMe

3) The Borneo Post – Projek Peneraju Pengeluaran Beras Wangi di Sarawak – https://t.co/eA8cvklM9V

4) New Sarawak Tribune -Nogeh Launches MARDI Fragrance Rice Project in Bau – https://t.co/bODCxWu1OT

5) Lagi gambar di Facebook MARDI : Klik di sini