Serdang, 24 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang sekali lagi telah berjaya membangunkan varieti padi baru iaitu MR 269. Baka baru padi ini dihasilkan merupakan varieti inbred biasa yang mempunyai ketahanan yang lebih baik terhadap penyakit karah dan perosak serta memberikan hasil tinggi untuk pilihan para petani dalam meningkatkan hasil tanaman mereka berbanding MR 219. Pelancaran varieti padi MR 269 ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia di Laman Padi bersempena perasmian MAHA International 2012. Continue reading “MARDI Hasilkan Varieti Padi Baru Penuhi Bekalan Beras Negara”