PENGENALAN
Tomato (Lycopersicon esculentum L.) merupakan salah satu sayuran penting di Malaysia dan memberikan pulangan hasil yang lumayan dengan nilai pasaran RM425 juta (2016).
Sebanyak 58% tanaman tomato bertumpu di kawasan Cameron Highland. Secara umumnya, penanaman tomato di tanah rendah amat terhad disebabkan oleh kekangan pelbagai masalah yang berlaku seperti warna buah yang kurang menarik, hasil rendah, saiz buah yang lebih kecil dan masalah serangan penyakit layu bakteria yang tinggi. Continue reading “MAHA18 – Varieti Baharu Tomato Tanah Rendah MARDI”