Kejayaan MARDI di iENA 2015, Jerman

ienaSukacita dimaklumkan bahawa tiga (3) penyertaan inovasi MARDI di IENA 2015, Nuremberg Jerman pada 29 Okt – 1 Nov 2015 telah membawa pulang kemenangan berikut :

1) Dr. Shanmugavelu Sithambaram (Pusat AS) : A Sub-dermal RFID based livestock profiling system – Gold Award

2) Dr. Nur Azura bt. Mohd Said (Pusat BT) : Enzyme-based detection kit for aquatic Malachite Green – Gold Award

3) Dr. Koh Soo Peng (Pusat BT) : New microencapsulating agent with multifunction applications – Silver Award

MARDI mengucapkan TAHNIAH kepada pereka cipta dan ahli kumpulan. Semoga kejayaan dan kemenangan ini menjadi sumber inspirasi para penyelidik MARDI untuk terus menghasilkan inovasi dan teknologi yang kreatif, berdaya saing serta dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

SYABAS & TAHNIAH !!!

Usahawan MARDI catat pendapatan RM320 juta

MELAKA – Prestasi pendapatan usahawan bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) mencatatkan jumlah sebanyak RM320 juta pada tahun lepas.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Sharif Haron berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 55.8 peratus telah mencapai tahap industri kecil dan sederhana (IKS) dengan nilai jualan tahunan melebihi RM300,000 hingga RM50 juta.

Beliau berkata, 44.2 peratus pula melibatkan usahawan mikro dengan jumlah nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000. Continue reading “Usahawan MARDI catat pendapatan RM320 juta”