“Saya mula ‘terjebak’ dalam dunia perniagaan ini selepas melihat ketupat palas yang disimpan dalam peti sejuk di rumah mentua boleh tahan sampai setahun.
“Malah apabila dikukus semula ia masih elok dan boleh dimakan pada hari raya berikutnya,” kata pengusaha ketupat palas sejuk beku, Hashimah Hashim, 53, dari Abi Kampung Tengah, Kangar, Perlis.
Mula beroperasi pada 2009, Hashimah menubuhkan syarikat ABY Food Enterprise (ABY), dengan mengeluarkan modal permulaan RM5,000 secara kecil-kecilan di rumah.
Berkat kesabaran dan sentiasa percaya pada rezeki, kini perusahaan ketupat palas sejuk beku mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
Menurutnya, buat masa ini, terdapat ketupat palas pulut lemak, pulut jagung, pulut hitam, kacang dan yang terbaru dalam perancangan ialah pulut pelam sejuk beku. Continue reading “Ketupat Palas Sejuk Beku”