
Berdasarkan faktor semasa, agak sedih melihat kepada pembangunan industri kelapa kita ketika ini kerana pengeluarannya tidak dapat memenuhi permintaan. Pada peringkat huluan pula, pengeluaran buah kelapa agak terhad manakala penanam yang mempunyai azam membangunkan industri kelapa berdepan dengan masalah ketidakcukupan benih yang dihasilkan.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Hortikulktur, Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Hilir Perak, Ahmad Ngalim, beberapa isu membelenggu industri kelapa tempatan antaranya pokok sedia ada sudah tua dan sukar untuk dituai selain masalah kekurangan tenaga buruh terutama untuk menuai. Continue reading “Perlu Varieti Baharu Kelapa”