Tahniah Kepada Penerima Anugerah Hari Inovasi MARDI 2017

Hari-Inovasi-MARDI

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi kunci dalam menjadikan kita setapak lebih maju lagi dalam sektor industri pertanian seterusnya membela masyarakat dengan gemilang.

Hari Inovasi MARDI merupakan acara tahunan yang telah diadakan sejak tahun 2011. Antara program yang terlibat semasa Hari Inovasi adalah pameran dan pertandingan MSTE (MARDI Science and Technology Exhibition), pameran dan pertandingan Inovasi Akar Umbi MARDI, seminar inovasi, majlis penyampaian hadiah dan penganugerahan Anugerah Inovasi MARDI (AIM).

Acara ini merupakan platform pengiktirafan kepada para penyelidik atas sumbangan dan pencapaian mereka dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi di peringkat kebangsaan dan di peringkat antarabangsa.

Bagi melihat gambar-gambar pameran dan penerima anugerah lain sempena Hari Inovasi MARDI, layari Facebook MARDI sekarang! #HIM2017 #betterMARDI #ourfoodourfuture #Negaraku

Advertisement

MARDI Lancar Inisiatif Penjenamaan Semula

Inisiatif Penjenamaan Semula MARDI-01

Serdang, 19  September  –  Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini dengan jayanya telah melancarkan inisiatif penjenamaan semula MARDI yang diadakan pada malam berprestij, Malam Anugerah Inovasi Tani MARDI di sini. Penjenamaan semula MARDI ini terkandung dalam perkara keempat Bajet 2016 melalui peruntukan yang telah di salurkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia merupakan salah satu inisiatif dalam memperkasakan aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian sebagai sumber makanan negara. Continue reading “MARDI Lancar Inisiatif Penjenamaan Semula”