PAGOH 9 Okt. – Kerajaan negeri sedang berusaha melipatgandakan hasil pertanian dengan menyediakan pelbagai insentif melalui kerjasama dengan tujuh agensi dan jabatan berkaitan bagi menampung keperluan sumber makanannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Ismail Mohamad berkata, bagi memastikan usaha itu berjaya, program penerangan dan penjelasan tentang pembangunan pertanian termasuk melibatkan teknologi moden akan diberi kepada para petani.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, program itu akan melibatkan semua agensi berkaitan supaya usaha membangun pertanian berjalan secara sistematik dan berterusan bagi jangka masa panjang.
“Menerusi program atau majlis penerangan di kawasan-kawasan terpilih, kita akan beri penerangan tentang segala kemudahan bantuan dan insentif yang boleh diberikan, selain bimbingan dan bermacam-macam lagi perkara yang diperlukan. Continue reading “Lipat Gandakan Hasil Pertanian – Ismail”