Baka Ayam Kampung Jana Pendapatan Lumayan

SERDANG

Serdang, 29 November –  Walaupun 5% dalam pasaran ayam negara, permintaan terhadap ayam kampung semakin meningkat berikutan rasanya yang lebih lazat, pejal dan kurang lemak.

Sempena MAHA International 2012, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan baka ayam kampong MARDI yang telah dilancarkan oleh Y.B Dato’ Wira Mohd Johari b. Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Baka ayam kampung MARDI ini lebih baik daripada ayam kampung asli dari segi pertumbuhan, kadar peneluran, keseragaman warna bulu. Dagingnya pula teruji rendah lemak dan lebih pejal daripada ayam kampung kacukan yang biasa dijual di pasaran. Continue reading “Baka Ayam Kampung Jana Pendapatan Lumayan”

Advertisement

Inovasi Terkini Pertingkatkan Potensi Dabai

dabai

Serdang, 28 November –  Buah dabai atau Zaitun Sarawak mempunyai potensi yang tinggi untuk dipelbagaikan kegunaan. Secara konvensional, buah dabai hanya dimakan segar namun hasil penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), pembangunan produk berasaskan buah dabai telah dibangunkan dan teknologi tersebut dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin di Pavillion Sarawak sempena MAHA International 2012

Pembangunan produk tersebut dijangka dapat mengatasi lambakan buah dabai dan sering menjadi isu di kalangan pengusaha di Sarawak. Antara produk yang telah dibangunkan adalah jeruk dabai, pulpa sejukbeku dabai, sos pencicah dan pes perencah dabai, serta mayonis dan juga minuman daripada dabai. Produk-produk tersebut contohnya pula sejukbeku boleh mengekalkan rasa segar dabai melebihi setahun. Continue reading “Inovasi Terkini Pertingkatkan Potensi Dabai”

MARDI Akan Perkenal Varieti Baru Tanaman Pada MAHA 2012

BACHOK, 12 Jun 2012 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) akan memperkenalkan varieti baru bagi beberapa jenis tanaman yang mampu memberi hasil tinggi dan berkualiti pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Serdang, Selangor, November ini.

Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Abdul Shukor Abdul Rahman berkata pada tahun ini, Mardi mendapat peruntukan sebanyak RM10 juta daripada kerajaan dan RM10 juta lagi daripada sumber lain, bagi menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan, termasuk mencari varieti baru bagi beberapa jenis tanaman seperti padi dan tanaman kontan.

“Kita (Mardi) akan memperkenalkan varieti baru dari semasa ke semasa yang lebih tahan terhadap serangan penyakit dan memberi hasil yang banyak serta berkualiti tinggi, oleh itu datanglah ke MAHA 2012,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Memasyarakatkan Stesen Mardi Telong di sini, pada Selasa.

Pada majlis tersebut, Dr Abdul Shukor melancarkan buku bertajuk Stesen Mardi Telong – Pencapaian 30 tahun (1982-2012), yang mengisahkan kejayaan yang dicapai stesen Mardi tersebut sejak ditubuhkan sehingga sekarang, termasuk memperkenalkan varieti baru tanaman, teknologi pengeluaran tanaman, pengurusan tanah, mekanisme ladang, pengurusan air dan pengurusan selepas tuaian.

Mengenai Stesen Mardi Telong, beliau berkata stesen tersebut berjaya memperkenalkan beberapa jenis tanaman alternatif kepada tembakau untuk diusahakan petani secara ladang dengan pendapatan lumayan.

 

— BERNAMA