Pada Januari 2017, MARDI telah memperkenalkan satu inisiatif untuk kelestarian lebah yang dikenali sebagai MY Bee Savior™. Pada asalnya, usaha menyelamatkan lebah yang bersarang di kawasan kediaman daripada dimusnahkan telah dimulakan pada tahun 2015 oleh komuniti dalam talian di Facebook yang disebut sebagai “Penyelamat Lebah”. Pencetus komuniti ini yang merupakan Saintis MARDI telah membentangkan poster statistik pencapaian mereka di Persidangan Agrobiodiversiti Kebangsaan 2016 pada Oktober 2016 di Kuala Terengganu. Ketua Pengarah MARDI tertarik dengan usaha komuniti ini lalu mencadangkan ia diinstitusikan secara rasmi di bawah MARDI. Continue reading “Inisiatif MY Bee Savior, Demi Kelestarian Lebah.”