Kit Pengesan Pantas Buka Pasaran Antarabangsa

Serdang, 23 November – Atas kesedaran umum yang semakin meningkat mengenai kesan pestisid seperti organofosfat dan karbamat terhadap bahan makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya membangunkan kit pengesan pantas sisa pestisid (OP-CB) bagi membolehkan sisa pestisid tersebut dapat dikesan di peringkat awal. Melalui kaedah konvensional, pengesanan pestisid mengambil masa beberapa hari dan kos yang tinggi. Namun, menggunakan Kit OP-CB ianya mengambil masa 15 hingga 30 minit berbanding dengan kaedah konvensional yang memakan masa tiga hingga lima hari.

Kit OP-CB ini juga turut memberikan persaingan tinggi kepada ujian konvensional kerana ianya amat menjimatkan kos. Kos per ujian menggunakan OP-CB adalah sekitar RM30.00 berbanding konvensional yang mencecah RM 300 hingga RM500 bergantung kepada jenis sampel. Kelebihan ini menarik minat sayrikat tempatan iaitu One Point Healthlab Sdn Bhd (OPHL) untuk mengkomersialkan teknologi berkenaan. Melalui perjanjian perlesenan antara OPHL dan MARDITech Corporation Sdn Bhd., panel MTDC telah berjaya diyakinkan untuk meluluskan dana untuk tujuan peningkatan skala pengeluaran Kit OP-CB. Continue reading “Kit Pengesan Pantas Buka Pasaran Antarabangsa”