Kurang Beri Tumpuan Selenggara Jentera Penuai Punca Hasil Padi Berkurangan

mardi

ALOR SETAR, 1 Feb – Satu daripada faktor kenapa masyarakat petani kehilangan hasil sebaik padi dituai adalah disebabkan kurang memberikan tumpuan terhadap penyelenggaraan jentera penuai, kata seorang pegawai kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Timbalan Pengarah Program Mekanisasi Lepas Tuai dan Pemprosesan Makanan, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan MARDI, Dr. Azman Hamzah berkata, hasil kajian verifikasi di kawasan pihak berkuasa pembangunan pertanian di Kedah, Terengganu dan Kelantan sejak 2014 mendapati 50 kilogram padi bagi setiap lima metrik tan sehektar akan hilang disebabkan faktor tersebut. Continue reading “Kurang Beri Tumpuan Selenggara Jentera Penuai Punca Hasil Padi Berkurangan”