PENGENALAN
Cendol merupakan pencuci mulut ikonik yang diisytiharkan sebagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. Cendol dihasilkan menggunakan kaedah konvensional iaitu dengan menekan adunan atas pengayak untuk membentuk adunan sebelum dipotong ke dalam air ais. Kekangan ke atas kaedah pemprosesan ini adalah tempoh pemprosesan yang memakan masa dan memerlukan kekuatan tangan
untuk menekan doh. Cendol yang dihasilkan juga mempunyai jangka hayat yang pendek kerana kandungan lembapan yang tinggi (>90%). Oleh itu, cendol perlu disimpan sejuk untuk tujuan pemasaran. Ia perlu direndam dalam air untuk tujuan ini bagi mengelakkannya melekat sesama sendiri dan sekali gus mempengaruhi kestabilan penyimpanan cendol. Continue reading “Inovasi Cendol Segera MARDI”
Tag: Inovasi MARDI
Tahniah Kepada Penerima Anugerah Hari Inovasi MARDI 2017
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi kunci dalam menjadikan kita setapak lebih maju lagi dalam sektor industri pertanian seterusnya membela masyarakat dengan gemilang.
Hari Inovasi MARDI merupakan acara tahunan yang telah diadakan sejak tahun 2011. Antara program yang terlibat semasa Hari Inovasi adalah pameran dan pertandingan MSTE (MARDI Science and Technology Exhibition), pameran dan pertandingan Inovasi Akar Umbi MARDI, seminar inovasi, majlis penyampaian hadiah dan penganugerahan Anugerah Inovasi MARDI (AIM).
Acara ini merupakan platform pengiktirafan kepada para penyelidik atas sumbangan dan pencapaian mereka dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi di peringkat kebangsaan dan di peringkat antarabangsa.
Bagi melihat gambar-gambar pameran dan penerima anugerah lain sempena Hari Inovasi MARDI, layari Facebook MARDI sekarang! #HIM2017 #betterMARDI #ourfoodourfuture #Negaraku
Inovasi untuk rakyat

Sebagai sebuah entiti penyelidikan, menjadi tanggungjawab bagi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan inovasi yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.
Peranan MARDI dalam hal ini amat penting, apatah lagi sebagai sebuah agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kumpulan sasaran mereka jelas perlu sentiasa dibantu terutama yang mengusahakan projek pertanian dan ternakan di luar bandar.
Walau bagaimanapun, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan MARDI memberi tumpuan kepada sektor komersial iaitu meningkatan pengeluaran sara diri (SSL) padi negara seperti yang disarankan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ahmad Shabery Cheek supaya hasil dapat ditingkatkan sekali gus menjamin kedaulatan makanan. Continue reading “Inovasi untuk rakyat”
Terima kasih MARDI
“Pada awal berniaga, dodol yang dihantar ke pasar raya dan kedai ditolak kerana teksturnya kasar, tidak boleh ‘tarik’, keras, cepat berkulat dan berbau tengik.
“Perasaan kecewa memang tak dapat disangkal kerana selepas berhabis modal beli bahan mentah dan mengerah tenaga mengacau dodol kerana masak menggunakan dapur kayu, akhirnya dodol terpaksa dibuang begitu sahaja kerana tidak menjadi,” kata pemilik bengkel dodol Cik Na Cik Edy Enterprise Amiruddin Ismail, 53.
Katanya, selepas melakukan sendiri proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah seliaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dodolnya makin menjadi, seterusnya permintaan meningkat.
“Terima kasih MARDI kerana membantu saya membuat penyelidikan sehingga mampu menghasilkan dodol yang digemari ramai,” katanya. Continue reading “Terima kasih MARDI”
Agenda AWANI: Mysavefood Kelestarian Keselamatan Makanan
Inovasi Tempe MARDI
TEMPE merupakan antara makanan popular di kalangan orang Melayu terutamanya etnik Jawa.
Rata-rata tempe yang terdapat dipasaran dihasilkan daripada kacang soya yang diperam (fermentasi) sehingga terbentuknya produk makanan tersebut.
Di Indonesia, tempe boleh dikatakan antara makanan wajib bagi penduduknya, malah dijadikan sebagai makanan ruji.
Produk makanan tersebut diambil oleh sebahagian besar penduduk Indonesia sebagai pengganti kepada sumber protein yang diperolehi daripada daging dan ikan.
Oleh kerana tempe mudah untuk dihasilkan selain boleh dimasak dengan pelbagai resipi, makanan tradisi tersebut terus menjadi pilihan sebahagian besar masyarakat Melayu. Continue reading “Inovasi Tempe MARDI”